“Lain macam healing” Gelagat Budak Solat Tengah Laut Siap Sujud Dalam Air Raih Perhatian Ramai

Solat merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua umat islam dan tidak ada seorang pun terkecuali untuk melakukannya cuma ianya mempunyai beberpa kelonggaran buat mereka yang uzur seperti sakit dan wanita yang sedang dalam tempoh haid atau nifas.
Iospital phone repair gombak
Selain daripada alasan tersebut, perlulah kita menunaikan solat seperti yang diperintahkan dalam apa jua keadaaan sekali pun.

Namun lain pula ceritanya dengan gelagat seorang budak lelaki yang selamba solat di tengah lautan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @chekam26, difahamkan perakam mahu merakam moment anaknya sedang bermain di pantai namun terakam gelagat seorang budak lelaki.

Dia dilihat sedang solat di lautan dan yang paling mengejutkan, dia sanggup sujud dalam air laut yang bergelora.


“Tinggi ilmu kau dik, abang tak boleh nak follow lagi.. muka tenggelam dalam karpet pun dah syahdu..” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkedu melihat telatah budak lelaki tersebut sekaligus berseloroh mengatakan sekurang-kurangnya dia masih ingat pesan ibunya agar solat lah dimana sahaja dia berada.

“Sekurang-kurangnya dia ingat pesan mak dia, dekat mana pun kita berada, jangan lupa solat” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat meninggalkan komen lucu mengatakan mungkin dia sedang healing.

Antara komen warga maya:

“Ni bukan heaing je dapat, hilang pun boleh jadi”

“Betul2 nak mendekatkan diri dengan tuhan ni dik oii”


“Ilmu apa adik ni pakai nak la juga belajar”

“Boleh sembang dengan member ‘aku kecik kecik dulu dah solat dalam laut'”

“Dik mazhab mana ni.. lain maciam”

“Jangan sujud lama sangat dik, takut sampai dunia lain”

“Bagus dia, anak soleh.. tengah seronok2 pun masih ingat solat”


Video yang tular di laman TikTok:

@chekam26 Lain maciam..#fyp #healing ♬ suara asli – AGAK HI PRODUCTION

@chekam26 Replying to @Sya Brahim ♬ original sound – Che Kam