Disangka Orang Biasa, Pasangan Ini Tak Tahu Rupanya Remy Ishak Tolong Tangkapkan Gambar

Sudah menjadi lumrah hidup sebagai seorang anak seni, pergi ke mana sahaja mesti akan menjadi perhatian ramai. Peminat pun ramai yang ingin mengambil gambar bersama.

Iospital phone repair gombak

Ya lah, bukan senang tau orang biasa macam kita nak jumpa artis kan? Bak kata orang, jangan lepaskan peluang keemasan.

Semalam, tular satu video oleh isteri kepada pelakon Remy Ishak di TikTok memaparkan suaminya sedang gigih mengambil gambar satu pasangan di Tasik cermin, Perak.

Menerusi video yang dikongsi, pasangan tersebut langsung tidak mengetahui identiti individu ‘misteri’ yang begitu gigih membantu meeka menangkap gambar.

Mana tidaknya, Remy yang dilihat mengenakan t-shirt kuning dan seluar putih itu memakai pelitup muka, menyebabkan orang ramai tidak mengenalinya.

Bagaimanapun, denga kuasa media sosial, pasangan tersebut berjaya ditemui malah mereka akui berasa segan setelah mendapat tahu gambar mereka diambil oleh seorang artis.

Meninjau ke ruangan komen, bukan sahaja individu yang diambilkan oleh Remy tidak perasan, malah netizen turut tidak dapat mengenali aktor berkenaan!

Dalam pada itu, usaha gigih Remy dipuji ramai setelah mengambil gambar pasangan berkenaan di beberapa sudut berbeza dengan banyak kali.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“Okayy tuan badan hadir🫣Ya Allah sumpah lah remy ishak yang ambikkan gambar kitorang, malunyaa tak perasan😭”

“ingtkan seorang cameraman yang terkanal rupenye remy🤣”


“ni kalau photographer dia bukak topi , habis dia pulak yang kene jd patung ramai nak ambik gmbr 🤣”

“Aku bru nak ckp lol sape suami sis ni famous sgt ke. sekaliii buka comment 😳😳😳 bukan couple tu je tak perasan, aku pun tak perasan 🤣”

“Weh gigihnyaaa macam ni la yang kita mau bukan snap satu kali ja 😂”

Video yang tular di laman TikTok

@roseezza Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple mintak tolong ambik gambar , macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!😁. Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini. 🤣🥳🥰😍 Happy New year 2023 guys!. #remyishak #happynewyear2023 ♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona