“Lagi Mahal Kena Bayar Bang..” Lelaki Hancurkan Kunci Clamp Gara-Gara Enggan Bayar Denda

Apabila tersalah parkir, tentunya kereta kita akan di clamp, mana kan tidak, bukan sahaja kita mengambil atau menggangu hak orang lain bahkan kita juga telah menyusahkan ramai pihak.

Bila dah kene clamp, hadap jela kan salah sendiri?

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pemilik kenderaan Honda CRV lebih memilih untuk menunjukkan perasaan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @saberiisa15,kelihatan seorang lelaki bertelingkah dengan dua orang pengawal keselamatan wanita di sebuah tempat letak parkir.

Tidak mahu memanjangkan isu, pemilik kenderaan itu melakukan perkara yang tidak tercapai dek akal apabila dia terus memasuki ke dalam keretanya dan nekad untuk memandu terus biarpun tayarnya telah di clamp.

Dapat kita lihat, di bahagian depan keretanya mengalami kerosakkan teruk dan dia masih memandu kereta tersebut dengan rasa marah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meanggap dia merupakan seorang yang tidak boleh mengakui kesilapan sendiri dan bersikap ego.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan bahawa apa yang dilakukan oleh lelaki itu sama sekali tidak menguntungkan malah bertambah rugi. Manakan tidak, kos ‘repair’ kerosakkan kereta jauh lebih tinggi daripada denda clamp.

Antara komen warga maya:

“Refuse to pay Saman RM 50.. Cost repair car it’s came around RM 1500..”

“dia punya ego lebih tinggi dari dia punya duit kot”


“mesti akan naik harga CRV model ni sebab padu memecahkan clamp tyre”

“bila ego lebih mahal dari bayar saman”

Video yang tular baru-baru ini:

@saberiisa15 #fypシ #fypdongggggggg #pleasefollowme #JomReady ♬ bunyi asal – saberiisa15