“Kucing waterproof” Selamba Tidur Dalam Longkang, Kucing Penyebab Air Bertakung Buat Netizen Terhibur

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Bahkan, telatahnya juga mampu menghiburkan hari-hari kita malah terkadang ada sahaja gelagat si bulus ini yang tidak tercapai dek akal.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing dikatakan membuat onar sehingga menyebabkan longkang tersumbat mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @naz92bg, kelihatan air di dalam longkang tersumbat dan tidak dapat mengalir seperti biasa.

Pada awalnya, lelaki ini menyangka ianya berpunca daripada sampah sarap yang menyebabkan air tersekat dan tidak dapat mengalir namun apa yang menghiburkan adalah kelihatan seekor kucing selamba berada di dalam longkang tersebut dan menahan air untuk mengalir.

Dapat juga kita lihat reaksi mukanya yang langsung tidak rasa bersalah dengan tindakannya itu malah kelihatan selesa berada di dalam longkang tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@naz92bg #kucingohkucing😔 #kucingtiktok #pencintakucing ♬ Oh No (Instrumental) – Kreepa

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5M tontonan, 167.5K tanda suka, 3409 komen dan 6011 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kucing tersebut malah ada yang berseloroh si bulus itu telah melawan hukum kucing kerana langsung tidak takut akan air.

“apa masalah kau ni dik.. cerita la dengan masyarakat..” – Netizen

Bukan itu sahaja, malah netizen juga sempat bergurau dengan menganggap mungkin kucing tersebut mempunyai masalahnya yang tersendiri sehinggakan dia menjadi seperti itu.

Antara komen warga maya:

“Bkn tak nak keluar masalahnya selesa”

“rosak rasanya kucing tu bang..”

“kucing tu waterproof.. sikit pun air tak keluar”


“1st time tengok kucing kena air rileks je tido”

“amboii tak bersalahnya dia.. buat keras kepala ya..”