“Ku sangka 2 rupanya 3,” Dah Beli 2 Baju Twin, Ibu Terkejut Timang Kembar Tiga

Ibu bapa mana yang tak excited menunggu kelahiran cahaya mata mereka yang pertama? Si ibu sudah pastinya akan ditemani para suami untuk membuat pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui kesihatan serta jantina kandungan.

Sama seperti pasangan-pasangan berkahwin yang lain, mereka sudah pasti ternanti-nanti kedatangan bayi yang dikandung selama 9 bulan untuk memeriahkan lagi kehidupan rumah tangga.

Beberapa hari lepas seorang ibu berkongsi pengalaman lucu semasa dia melahirkan bayi kembarnya.

Pada mulanya wanita tersebut menjangkakan hanya akan menimang sepasang bayi kembar sahaja namun sebaliknya pula yang jadi di dalam bilik bersalin! Kisahnya turut membuatkan ramai terhibur melihatnya.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna TikTok bernama An Triplets, dia dijangkan melahirkan dua orang bayi kembar seiras setelah melakukan pemeriksaan. Namun kisah yang terjadi selepas itu membuatkan ramai tertarik dan geli hati.

Namun jangkaannya itu tersasar setelah menerima tiga orang bayi kembar sekaligus mengejutkan dia dan suaminya! Yang lebih kelakar, pasangan kembar tersebut dilihat dibaringkan sebelah-sebelah sambil mengenakan baju yang sama.

Disebabkan kelahiran kembar ketiga itu tidak disangka-sangka, menjadikan dia seorang sahaja bayi yang memakai baju lain daripada yang lain. Si ibu kepada kembar ini mengaku cuma menyediakan baju untuk sepasang kembar sahaja dan langsung tidak terfikir bakal menimang triplets!

“Tu la sapa suruh buat surprise. Kan mummy dah beli baju TWIN siap2 sbb excited ingat twin. Sekali naaahh triplets. Ter surprise suprise papa mummy.” seloroh si ibu di ruangan kapsyen.

Video tersebut kini tular dengan 1.3 juta kali tontonan dan 92.5 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@theantripletsTu la sapa suruh buat surprise. Kan mummy dah beli baju TW IN siap2 sbb excited ingat twin. Sekali naaahh triplets. Ter surprise suprise papa mummy.♬ Kamu Siapa ??? – ibray

Meninjau ke ruangan komen, netizen turut ketawa sesama sendiri melihat kembar tiga itu. Malah mereka juga bersimpati kepada bayi yang ketiga kerana dipakaikan baju yang lain daripada dua orang lagi saudara kembarnya.

Antara komen-komen menarik di TikTok

“yg 2 org tu pandai sorok adik sorang lg eh 😂”

“alohhh siannyer dia sorang jer baju lain😅”