Aktiviti berbasikal kini menjadi trend yang amat popular di Malaysia sejak kebelakangan ini kerana ianya merupakan sebuah aktiviti riadah yang sihat dan menarik.
Ramai yang mula meminati dunia sukan berbasikal, bukan sahaja lelaki bahkan kaum wanita, malah golongan artis juga menunjukkan minat berbasikal sehinggakan ada yang mempunyai basikal (road bike) sendiri walaupun harganya agak mahal.
Namun seperti yang kita tahu, aktiviti ini terdedah dengan pelbagai risiko berbahaya terutamanya yang melibatkan kemalangan jalan raya sehingga ada yang membawa maut.
Terbaru, tular di dada akhbar tentang seorang kru stesen televisyen meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dipercayai dengan sebuah kereta ketika berbasikal di Cyberjaya, pagi tadi.
Menerusi laporan, kejadian tersebut mula ‘viral’ di media sosial selepas dikongsi daripada Facebook Cyberjaya Community dimana mangsa dikenali sebagai Jeffry Aziz.
Mengulas lanjut, mangsa yang berusia lingkungan 57 tahun yang juga pekerja Astro Production Sdn Bhd (APSB) itu menunggang basikal sendirian dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Difahamkan, dia juga kerap memuat naik ‘posting’ berkaitan basikalnya di applikasi Facebook
“My new bike day”
“Morning solo ride”
“Have a rest buddy”
Meninjau ke laman Facebook, rata-rata kenalan terkejut dengan berita pemergian Allahyarham Jeffry Aziz dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Bang, baru 3 hari lepas saya borak dengan abg nak ikut abg kayuh basikal sama-sama di Area putrajaya. Tapi hari ini, abg tinggalkan saya selama-lamanya… ”
“This is so hard to take. I just saw you in office couple of weeks back”
“Dijemput pulang pada hari yang cukup baik…Ya Allah…Rahmatilah roh arwah…Permudahkanlah segalanya…Tempatkanlah roh arwah disisi roh orang2 yang mulia…Amin yaa rabb…Salam Takziah kepada seluruh keluarga…”
“Perginya abang Jeffry…”
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.