‘Gigih’ Petik Brokoli Di Celahan Batu Bukit, ‘Content’ Wanita Ini Bikin Netizen Berdekah

Terdapat pelbagai manfaat apabila kita mula mengamalkan makan sayur bahkan pada masa kini ramai anak muda yang tidak gemar untuk makan sayur kerana daripada awal ibu dan bapa cenderung untuk memberikan anak snek atau makanan ringan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana gaya wanita ini membuat ‘content’ yang tak tercapai dek akak mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @judasjos, kelihatan seorang wanita ‘gigih’ memetik brokoli di bukit seolah-olah brokoli tersebut benar tumbuh liar di celahan batu di bukit.

Memang hebat lakonan wanita petik brokoli di kaki bukit ini. Bukan satu dua ya yang dia petik malah banyak! Lihat sahaja ‘confident’ wanita ini dalam melakukan content, memang tidak dibuat -buat!

Bukan itu sahaja, malah wanita ini juga ada membuat content yang lebih kurang sama dimana dia sedang memetik anggur.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.7M tontonan, 65.7 tanda suka, 2388 komen dan 1316 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat wanita ini yang memetik brokoli di celahan bukit.

“Otak aku jatuh weii mikirkan benda ni”- Netizen

Bukan itu sahaja malah ada juga para netizen yang tidak tahu bagaimana brocoli tumbuh sehinggakan perlu ‘search google’ demi mendapatkan jawapan.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Google jugak tengok pokok brokoli tumbuh. Rosak sains pertanian aku”

“Aku sorang ja ka..Tak tahu pasal brokoli nii..Tumbuh camna..Sebab aku suka makan natang nii..Buah a sayur ni..tolong habaq sat”

“Sungguh peradapan yang sangat menbangonkan”


“Sudah..Lepas ni ramai tanam lumut pastu tunggu jadi brokoli”

Untuk pengetahuan, Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa anti kanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate.

Inilah yang disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar. Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Video yang tular di laman TikTok:

@judasjoskulat brokoli ?♬ nhạc nền – ᵛᶰシ❦❖TVT❖.TiKToK.❖.★彡 – ミ★тνт★彡 ᵀᴵᴷ ᵀᴼᴷ

@judasjos Anggur liar hutan tropika.#CapCut #pailinlifestyle ♬ Laughing – Gianluca Marino