“Korang taknak mak korang ke?” Gelagat Anak Terpaksa U-Turn Gara-Gara Tertinggal Mak Buat Ramai Terhibur

Selalu kita dengar tentang ibu ayah yang tertinggal anak di hentian rehat, pusat beli belah dan banyak lagi malah terpaksa pusing semula untuk ambil mereka.

Sebab itu lah kalau ada anak yang ramai, ibu bapa perlu kira dahulu sebelum gerak ke satu destinasi bagi memastikan tiada seorang pun tertinggal.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang agak ‘rare’ kali ini dimana anak ini tertinggal ibunya ketika ingin pulang daripada kampung mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @muzamirano, kelihatan sebuah keluarga gembira hendak pulang malah meminta ahli kekuarga lain untuk rakam detik tersebut.

Pun begitu, tanpa disangka-sangka mereka tertinggal ibunya yang sedang sibuk ‘tapaw’ lauk untuk di bawa balik dan ahli keluarga yang lain terpaksa menghubungi mereka untuk patah balik ke kampung halaman.

Dia yang masih tidak sedar tertinggal ibunya itu ketika dihubungi bagaimana pun kelam kabut pusing semula untuk mengambil ibunya.

“Kemain mula2 dia suruh record dia balik.. maknya suruh tunggu kejap sebab nak ambil makanan bungkus.. cepat2 call nasib tak jauh lagi.. lepastu kabut patah balik..”

Difahamkan, mereka masing-masing menyangka ibunya itu menumpang kereta adik beradik yang lain.

“seronok beraya sampai maknya tertinggal..” ujarnya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@muzamirano Beraya sampai tertinggal mak. #raya2022 #rayapertama #aidilfitri2022 #tgkarangselangor #fyp #fypシ ♬ bunyi asal – Mohd Muzamir

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah mereka anak beranak yang boleh tertinggal ibu mereka.

Malah dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berkongsikan pengalaman masing-masing dimana pernah tertinggal ahli keluarga dan ada yang terpaksa pusing jauh untuk mengambil mereka.

Apa-apa pun, netizen menyifatkan kejadian tertinggal ibu ini adalah situasi yang sangat ‘rare’ kerana sebelum ini kita hanya kerap mendengar kes ibu bapa tertinggal anak sahaja.

Berikut merupakan komen warga maya:

“selalu kes tertinggal anak.. ni mak tertinggal..”

“satu kereta auto derhaka.. mujur tak jadi batu..”

“baru minta maaf, dah kena minta maaf balik..”