Konon Menjual Kuih, Lelaki Penyamar Kantoi Dengan CCTV Tuan Rumah Curi Parcel

Kes kecurian parcel adalah antara mimpi ngeri kepada penggemar online shopper. Manakan tidak, sudahlah menunggu lama, tiba-tiba kena curi pula!

Pencuri parcel ini menggunakan pelbagai taktik untuk mengambil barang yang bukan haknya sendiri.

Seperti yang berlaku baru-baru ini di mana seorang rider penyamar dilihat mencuri bungkusan di tembok rumah penghuni sesebuah taman perumahan.

Kejadian tersebut sempat dirakam oleh CCTV dan dimuat naik semula di TikTok oleh infokepalabatas_official.

Menurut pemilik akaun tersebut, rider ini menyamar menjadi penjual kuih sambil membawa bersama beg yang sering diletakkan di belakang motosikal oleh rider.

Konon-kononnya beg itu berfungsi untuk meletakkan kuih yang dijualnya untuk dihantar ke pelanggan.

Walaupun bagaimana pun, itu hanyalah helah semata-mata untuk mengkaburkan mata orang ramai di kawsan perumah tersebut. Kejadian dipercayai berlaku di Bertam Putra.

Menurut video yang dikongsi, lelaki itu dilihat meronda antara rumah ke rumah untuk mencari mangsa.

Beberapa minit kemudian dia ‘berjaya’ mencuri satu parcel yang tidak diambil oleh tuan rumah yang diletakkan di atas tembok di sebuah rumah.

Dengan pantas, lelaki itu terus memasukkan parcel ke dalam beg berwarna jingga yang dibawanya kehulur-kehilir.

Walaupun pihak polis telah mengesahkan lokasi kejadian, namun pihak mereka masih belum menerima sebarang laporan daripada tuan rumah.

Kata pemilik video, nombor plat motosikal yang digunakan lelaki tersebut sudah pun dia dapat kenal pasti.

Enggan melaporkan kepada polis kerana kasihan dan percaya lelaki itu masih muda, dia berharap agar lelaki itu segera memulangkan semula barang yang diambil.

Video yang tular di laman TikTok dan Facebook

@infokepalabatas_official-K.E.S.C.U.R.I-Zaman sekarang ni mudah sangat nak buat duit kan..Kes beberapa hari lepas.. berlaku di salah satu taman di Kepala Batas..Dia buat2 ronda taman, singgah di salah satu rumah jiran, buat2 nak jual kuih.. lepas tu dia ronda satu taman.. tgk ada parcel atas gate, dia rembat parcel tu 🧐Dik oii.. Taman ni keliling ada CCTV dik.. nak lari mana?Buat Delivery Rider ni.. No plate dah dapat.. detail semua dah ada..Muda lagi hang ni dik.. nak report pun kesian kat hang..Rugi ja masa♬ Powerful songs like action movie music – Tansa