Kongsi Video ‘House Tour’, Rumah Banglo Mewah Tya Ariffin Buat Netizen Teruja

Bergelar seorang selebriti sememangnya tidak lepas dari menjadi tumpuan ramai. Boleh dikatakan, semua perkara harus dikongsikan kepada peminat-peminatnya. Sama juga kisahnya dengan usahawan terkenal  Tya Ariffin ini yang telah memenuhi permintaan peminat untuk menunjukkan kediamannya.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini , Tya Ariffin yang juga menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini telah mencuri perhatian netizen selepas memuat naik perkongsian video ‘house tour’ di laman YouTube miliknya ‘The Tya’s Family’.


Menerusi video yang berdurasi 20 minit ini, memaparkan setiap bahagian dan sudut dalaman banglo mewah tersebut. Rumah yang dimiliki oleh Tya Ariffin dan suaminya Asyraf Khalid juga mempunyai 7 bilik serta beberapa kemudahan.

Menurut suami Tya Ariffin, Asyraf Khalid mengatakan segala idea reka bentuk, dekorasi, perabot dalam rumah itu adalah daripada isterinya sendiri.

“Bila bercakap mengenai dekorasi rumah ini, saya rasa ianya hanya simple sahaja. Hal dekorasi dan pemilihan perabot semuanya diuruskan oleh Tya sendiri. Bila kami mula masuk di rumah ini, segalanya sudah pun cantik tersedia. Kami hanya tinggal untuk membawa masuk perabut sahaja,” katanya.


Dalam video itu, kelihatan rumah itu juga turut dilengkapi beberapa kemudahan seperti bilik pawagam, pejabat, tennis dan gelanggang bola keranjang malah juga terdapat bahagian ruang tamu yang telah dikhaskan untuk keluarga dan tetamu.

Dalam pada masa yang sama, Tya Ariffin atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin sempat menitipkan kata-kata buat peminat dan pengikutnya untuk tidak pernah berhenti mengejar impian masing-masing.

“Jangan pernah berhenti berimpian. Impian merupakan tanggungjawab yang untuk dijadikan kenyataan. Oleh itu, kita kena berusaha sekuat tenaga demi merialisasikannya. Kepada yang menonton, semoga kita semua dimurahkan rezeki. Saya doakan semoga segala urusan, perniagaan atau apa sahaja yang anda lakukan akan dipermudahkan,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji reka bentuk rumah yang telah dihiasi oleh Tya Ariffin itu. Bukan itu sahaja, mereka juga kagum dengan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam banglo mewah yang dimiliki oleh pasangan ini.

Antara komen warganet:

“so beautiful sweet and happy family with lovely kids..”


“cantiknya rumah Kak Tya…semuanya cantikk. semoga rezeki menular ke kita amin..”


“MasyaAllah tabarakallah sangat cantik dan sangat megah rumah Puan Tya dan Tuan Asyraf. Tahniah atas kejayaan yg dah dikecapi. Terima kasih karena berbagi kebahagiaan dan kesuksesan bersama kami semua UsahawanMutyara. Both of you so inspired for us.”


“one the most beautiful house, beautiful deco, furniture, and beautiful landscape. best of luck to tia and ashraf. tia sentiasa kelihatan cantik, anggun dan perwatakan menarik..”

Perkongsian yang tular di laman YouTube: