Ganti Jadi Host GV9 ‘Last Minute’, Nabil Ahmad Titip Ucapan Terima Kasih Buat Danial Zaini

Terdahulu, pelawak dan juga juara Lawak Solo, Danial Zaini atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini ini telah menjadi perbualan hangat netizen di media sosial selepas menggantikan Nabil Ahmad sebagai pengacara program Gegar Vaganza minggu kedua. Kehadian Danial pada malam tersebut telah menerima pelbagai reaksi dari segelintir penonton yang mengecam dan mendakwa gaya pengacaraannya tidak menjadi sekaligus menjadikan pentas tersebut hambar serta menjatuhkan ‘rating’ program kesukaan ramai itu.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad telah memberikan komen di sebuah posting yang dimuat naik oleh Danial sejurus selesai mengendalikan program tersebut pada Ahad lalu.

Meskipun hanya dimaklumkan empat jam sebelum berlangsunnya konsert, Nabil mengatakan pelawak berusia 29 tahun ini  sudah melaksanakan tugas dengan baik malah dia turut mengucapkan terima kasih kepada Danial kerana sudi menggantikan tempatnya malam itu.

 

“Adikku Danial, jazakallah (terima kasih, semoga Allah membalas kebaikanmu) sudi ganti saya di saat akhir. Kamu telah lakukan tugas dengan hebat. Jangan risau tentang apa orang kata. Kami kata kamu adalah yang terbaik dalam setiap perkara kamu lakukan,” katanya.

Susulan isu tersebut, Danial telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagram yang memohon maaf atas kekurangan dirinya sepanjang mengendalikan program Gegar Vaganza kerana tidak sempat melakukan sebarang latihan dan hanya mengikut skrip.


“Selesai tugasan bidan terjun saya di GV minggu yang kedua. Mohon maaf atas kekurangan dari diri ini. Itu yang termampu saya lakukan dalam masa 4 jam sebelum show start saya dimaklumkan untuk gantikan pengganti Nabil sebagai host di GV9 tanpa sebarang rehearsal hanya berpandukan skrip yang diberi untuk kendalikan show sebesar GV9…”

“Durian tidak berbuah dalam masa sehari ditanam. Izinkan saya terus belajar. Yang baik datang dari Allah yang buruk itu datang dari saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan artis dan warganet turut memberikan kata-kata semangat buat pelawak ini. Bukan itu sahaja, mereka juga menyifatkan pengacaraanya pada malam tersebut sudah cukup baik walaupun tidak mempunyai masa yang cukup untuk ‘reherseal’.

Antara komen rakan artis dan warganet:

“terbaik danial..moga banyak lagi peluang menanti..”

“tq danial..danial dah buat yang terbaik..”

“ok saja danial semalam..good job bro..”

“jangan peduli apa orang cakap, dan..”


Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1)