Pakai Baju Doktor & Scrub Suit Bagi Ubat, Gelagat Fizz Fairuz Hiburkan Isteri Undang Dekah Netizen

Terdahulu, pelakon Datin Almy Nadia yang juga isteri kepada Datuk Fizz Fairuz ini telah ditahan di hospital kerana terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst selain mengandung di luar rahim. Berita tersebut telah disampaikan oleh Fizz Fairuz sendiri di akaun laman Instagram miliknya.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, tidak dapat dinafikan proses untuk sembuh terutamanya apabila berada di rumah boleh membuatkan seseorang kebosanan. Namun lain pula ceritanya dengan pasangan suami isteri ini.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok telah memuat naik semula beberapa perkongsian video oleh Almy Nadia di Instagram Stories.

Menerusi video oleh @shya_syainatul ini, memaparkan gelagat Fizz Fairuz yang sedang menjenguk isterinya untuk memberikan ubat serta ‘injection’. Apa yang menarik perhatian apabila pada hari pertama kelihatan pelakon ini telah memakai uniform lengkap petugas kesihatan iaitu scrub suit. Malah lagaknya dan dialognya tidak ubah seperti doktor profesional di hospital.


Hari yang lain pula, dia turut mengenakan penampilan seperti jururawat yang memakai PPE lengkap satu badan lalu berlakon dengan dialong nurse yang selalu kita dengar membuatkan Almy Nadia tidak berhenti ketawa sepanjang masa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini lebih-lebih lagi apabila mendegar gelak tawa Almy Nadia. Bukan itu sahaja, ada yang memuji sikap Fizz Fairuz sebagai seorang suami yang mengembirakkan hati isterinya.

Antara komen warganet:

“adore betul dengan fizz fairuz..dia punya bagus, baik, setia memang limited edition as suami dan contoh ayah yang bagus..”

“untung isteri yang boleh bergurau macam ni dengan suami..terhibur..not me though..”

“saya tengah sedih menangis dengan kehidupan saya..tengok video ni saya senyum semula..terima kasih..”

“hospital mana ni..benor-benor front liner rupanya..”


“masalahnya doktor pun tak yakin nak cucuk macam mana..aduh kejung perut..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@shya_syainatul Replying to @skones not scones😬 ♬ Spooky comedy-like pop – SOUND BANK

@shya_syainatul Replying to @iza87 ♬ original sound – ShyaMakeover

@shya_syainatultanda X guna pen tempat nk cucuk🤣🤣🤣♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey