Kongsi Rezeki Dengan Orang Susah, Pasangan OKU Jual Kebab Jadi Perhatian

Peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sering kali menjadi pemangkin semangat untuk kita sentiasa berusaha melakukan sesuatu.

Begitulah juga dengan kisah sepasang suami isteri yang gigih berniaga mencari rezeki dengan menjual kebab.

Pasangan kelainan upaya berniaga kebab

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah kesungguhan mereka mencari rezeki walaupun pasangan ini bergelar kelainan upaya.

Menerusi beberapa perkongsian di laman Facebook mengenai pasangan ini, seorang pengguna yang dikenali sebagai Sofizar Usrah turut membantu mempromosikan perniagaan pasangan ini.

Penghantaran kebab terus ke rumah anda 

Difahamkan pasangan kelainan upaya pekak dan bisu ini berniaga kebab di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di Facebook Asal Gombak, gambar pasangan ini bersama nota yang diletakkan di dashboard kereta, mereka dilihat menawarkan penghantaran kebab terus ke rumah anda bermula jam 4 petang.

Salahudin berharap rezeki yang diterima mendapat keberkatan

Pasangan yang dikenali sebagai Salahudin dan Hidayah itu turut menyertakan nombor telefon mereka bagi memudahkan orang ramai memesan kebab dengan mereka.

Menerusi Facebook Salahudin, perniagaan mereka mendapat sokongan banyak pihak dan berharap agar rezeki yang diterima mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sedekah kebab kepada orang-orang susah

Kongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan

Dia dan isteri juga sempat menyedekahkan kebab hasil air tangan mereka kepada mereka yang kesusahan sebagai satu cara berkongsi rezeki.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen meninggalkan komen membina serta kata-kata semangat kepada pasangan ini.

Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada semua dan membakar semangat kita semua untuk terus berusaha sehingga berjaya.