Kongsi Momen Berkelah Dengan Anak Tapi Rumput Panjang Yang Ditegur, Respon Adira Terhadap Komen Netizen Buat Ramai Kagum!

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Adira Suhaimi, seorang penyanyi popular di Malaysia ini bukan?

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Adira berkongsikan momen berharga berkelah bersama anak-anaknya di ruangan rumahnya.

Walau bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian warganet ialah rumputnya yang terlalu panjang!

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh akaun @adira.suhaimi di laman TikTok, kelihatan Adira sedang menikmati beberapa hidangan bersama empat orang anaknya di halaman belakang rumahnya.

“Tak pasang khemah je lagi,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang tular tersebut.

Orang ramai di ruangan komen pula sibuk mengatakan bahawa rumput di rumahnya itu sudah terlalu tinggi.

Ada juga yang bimbang akan keselamatan diri mereka kerana risau rumput yang panjang mudah didatangi oleh binatang berbisa seperti ular dan lain-lain serangga berbisa.

“rumput tinggi kt belakang tu kna potong Sis takut ada 🐍”

“hahahaha. tikar pun tak flat rumput panjang.”

Masih kekal tenang, Adira memberikan maklum balas positif terhadap komen-komen yang telah diberikan padanya itu.

Ekoran itu, Adira telah pun memuat naik satu video terbaharu yang memaparkan halaman rumahnya yang sudah dibersihkan dan dipotong rumputnya itu.


Melalui perkongsiannya itu, rata-rata warga netizen memberikan pujian buat Adira kerana sikapnya yang mampu menerima teguran orang ramai dengan hati yang terbuka.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 309.7K tontonan, 6264 tanda suka, dan 126 komen.

Manakala bagi video sambungannya pula telah mencecah sehingga 1.1M tontonan, 34.9K tanda suka, dan 1243 komen di platform sosial tersebut.

Antara komen netizen:

“dlm masa 2 hari setel hahhaha .. sabar jela . rumput umah org pon dok jaga”

“terbaik laa sis Adira🤩🤩 .. sb npk artikel psl ni laa Sya cari tiktok n follow.. suka dgn artis yg humble .. x cpt meroyan mcm segelintir artis ..”

“Bagus awak tak melatah teguran orang… 👍👍👍”

Video TikTok yang tular:

@adira.suhaimi tak pasang kemah je lagi 😂😂 #fyp ♬ Matteo Bardi – Matteo Bardi

@adira.suhaimi Replying to @MR KONGGAS ♬ nhạc nền – huanghoa