“Takkan nak marah anak-anak?” Tunai Umrah Dengan Anak, Elfira Loy Reda Tak Dapat Masuk Raudhah Gara-gara Lewat 10 Minit

Sejak kebelakangan ini ramai artis Malaysia dilihat berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama yang tersayang.

Iospital phone repair gombak

Dengan kesempatan itu, mereka turut meluahkan rasa kesyukuran di akaun sosial masing-masing atas rezeki menjadi tetamu Allah.

Baru-baru ini, pelakon kecil molek Elfira Loy juga ada berkongsi mengenai perjalanannya menunaikan umrah sejak empat hari lalu di Instagram.

Menerusi hantaran yang dibuat pelakon itu, Elfira yang kini berada di Madinah akui berasa gementar lagi-lagi membawa kedua-dua anaknya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan.

“Dekat Malaysia memang nervous sangat nak bawa Rayyan dan Aria untuk umrah.

“Tapi bila dah sampai, Alhamdulillah boleh. Dengan izin Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Elfira turut memberitahu dia tidak sempat memasuki Raudhah di Masjid Nabawi selain berkongsikan tip buat ibu bapa di luar sana yang ingin menunaikan umrah bersama si kecil mereka.

“Tips saya untuk travel bersama anak-anak untuk umrah ni, kena banyak bersabar je.

“Kena banyak reda kalau kita tak dapat banyak peluang untuk lakukan banyak ibadah. Contohnya pergi Raudhah.

“Haritu El ada book slot tapi terlewat 10 minit terus tak boleh masuk.

“Siapa tak sedih kan, takkan nak marah anak-anak? Nak marah yang lain…Jadi apa perlu kita buat? Reda je,”

Tambah Elfira lagi, dia berharap masih ada peluang untukknya menjejakkan kaki ke taman syurga itu di kemudian hari.

“Insya-Allah doa dekat mana-mana pun Allah dengar.

“Harap masih ada peluang untuk El. Doakan okey,” pintanya.

Perkongsiannya itu menerima respons positif daripada netizen termasuk rakan-rakan artis sehingga meraih sebanyak 78.5 ribu likes!

Hantaran yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy