Muncul Pertama Kali di Live TikTok Selepas Sebulan Ditahan Hospital, Nad Zainal Nampak Tenang Perjelas Speku Netizen

23 November lalu, kita semua dikejutkan dengan berita duka di mana pelakon berbakat besar, Nad Zainal dikejarkan ke ICU gara-gara tahap kesihatannya yang semakin kritikal.

Iospital phone repair gombak

Sepanjang tempoh pelakon itu berada di bawah kawalan hospital, tak kira para rakan seindustri mahupun peminat, semuanya sama-sama memanjatkan doa buat kesembuhan Nad, atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin.

Semalam, pada malam Sabtu, Nad muncul semula menerusi siaran langsung di TikTok bagi menjelaskan keadaannya yang terkini selepas mengalami pendarahan dalam paru-paru.

Nad, 32, menzahirkan kesyukuran setelah dibenarkan keluar wad dan kembali ke pangkuan keluarga dan bertemua kedua-dua anaknya.

Menurut Nad, kesihatannya masih belum sembuh sepenuhnya selain mengalami masalah pernafasan pendek apabila terlalu banyak bercakap.

Bagaimanapun, Nad yang mengenakan baju berwarna hitam dan tudung rona krim ketika sesi live semalam kelihatan ceria dan aktif selain tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

“Pengalaman selama sebulan di hospital amat bermakna buat saya menghargai kehidupan saya dan lebih berhati-hati tentang kesihatan saya… menghargai orang sekeliling dan selalu buat pemeriksaan kesihatan serta menghargai semua makanan.

“Nafas saya masih pendek, tak boleh cakap banyak kerana paru-paru masih belum sembuh sepenuhnya.

“Apabila saya dah mula tercungap percakapan saya akan jadi laju atau terlalu perlahan… saya juga mengalami batuk tapi bukan kerana Covid-19,” jelasnya.

Tambah Nad, selain perlu membuat senaman pernafasan, buat masa ini dia perlu menelan 11 biji ubat setiap hari bagi membantu proses penyembuhan.

Dalam pada itu, Nad turut mengambil kesempatan tersebut bagi menjelaskan beberapa spekulasi sepanjang dia menerima rawatan.

Kata Nad, dakwaan kononnya dia sakit disebabkan kesan long Covid-19, menghidap sakit buah pinggang kesan pengambilan suplemen adalah tidak benar sama sekali.

“Semua dakwaan itu tidak benar. Saya hanya mengalami masalah paru-paru berdarah.

“Saya sendiri sukar nak jelaskan punca mengapa ia berlaku… tapi saya akan kongsi lebih lanjut mengenainya kelak,” katanya.

Nad turut berterima kasih kepada rakan-rakan selebriti yang banyak membantu serta mengumpulkan dana bagi menampung kos rawatannya sepanjang di hospital.

Malah, dia juga terharu terhadap gandingannya dalam drama bersiri Cina Buta, Ungku Ismail yang banyak menolong serta menjelaskan semua spekulasi tidak benar tentang keadaannya kepada orang ramai.

Maklum Nad, dia sekarang akan berehat daripada lakonan bagi membolehkan dia benar-benar sembuh sebelum kembali ke set penggambaran.

“Saya ambil rehat selama dua bulan untuk persiapkan diri saya. Kalau nak berlakon pun saya nak persiapkan diri saya… saya nak kembali dalam keadaan sihat dan nak berikan yang terbaik kepada peminat yang mendoakan saya.

“Rakan-rakan dan keluarga pun minta saya untuk berehat dahulu dan tidak terus berkerja,” katanya.

Sekadar info, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Ungku Ismail dan juga pengarah Shahrulezad Mohammedin banyak berkongsi perkembangan aktres berkenaan.

Video yang tular di laman TikTok

@nad.zainal Assalamualaikum semua #nadzainalchallenge ♬ bunyi asal – Nad Zainal