Kongsi Kemanisan Rumah Tangga Sekali Lagi, Neelofa Bersyukur Dapat Suami Pentingkan Adab & Akhlak

Nama selebriti dan usahawan terkenal Neelofa ini sentiasa menjadi perbualan hangat netizen di platform media sosial. Malah perkahwinannya bersama PU Haris tahun lalu juga telah mencuri perhatian ramai dan dianggap sebagai ‘Weeding Of The Year’ oleh kebanyakan peminat dan penggiat industri. Sedar atau tidak sedar rumah tangga mereka sudah lebih usia setahun.

Iospital phone repair gombak

Memetik sumber, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor ini dia mengakui beruntung kerana memiliki pasangan yang sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar untuk menjadikannya sebagai isteri yang solehah dan Muslimah.

“Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal. Jadi kita cuba perbaiki semula. Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah..”

“Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia. Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kita kena tunjuk adab dan akhlak yang baik…”

“Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu,” katanya.

Tambahnya lagi, selepas bergelar seorang ibu dan isteri dia banyak menghabiskan masa di rumah serta tidak bekerja sekuat dulu. Malah kehidupannya tidak lagi terikat dengan jadual harian yang padat.

“Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup…”

“Saya tak adalah bekerja sekuat dulu. Banyak masa di rumah. Menjadi ‘lady boss’ itu dah banyak berkurang. Kalau urusan kerja, saya banyak serahkan kepada Haris. Kadang-kadang ada beberapa perkara juga yang saya perlu terbabit sebab kalau projek itu perlu ada orang pimpin. Tapi apa saya boleh cakap, saya bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini,” ujarnya.


Dalam pada masa yang sama, selebriti ini bersyukur dan gembira dengan perjalanan kehidupannya yang seimbang. Neelofa juga menyifatkan suaminya banyak mengajar erti kesyukuran.

“Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya. Banyak orang yang mungkin terlalu awal kahwin atau lewat dapat anak. Saya rasa syukur, alhamdulillah, Allah bagi perjalanan hidup saya yang agak seimbang…”

“Sekarang ni dah banyak masa di rumah, saya rasa berpuas hati dengan apa yang saya buat dulu. Kalau dulu saya berikan sepenuhnya dan buat sikit-sikit saja mesti sekarang saya masih nak lagi. Saya tak rasa terlambat pun dengan apa yang saya dapat sekarang. Kawan saya yang dah kahwin empat tahun lepas dan dah ada anak saya rasa macam boleh ikut jejak dia…”

“Alhamdulillah saya gembira sekarang ini dan saya nak jadi hamba Allah yang bersyukur lebih. Saya pernah cakap yang Haris mengajar saya banyak perkara mengenai kesyukuran. Dia antara manusia yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur..”

“Kadang-kadang saya terlepas pandang dan dia selalu ingatkan. Kalau saya macam tertekan dan sedih dia akan cakap dan bagi nasihat kepada saya,” tambahnya.


Ujar Neelofa, Haris sentiasa memberikan ruang dan kebebasan untuk dirinya ‘bernafas’ serta melakukan yang apa jua perkara bagi mengelakkan tekanan yang dihadapinya.

“Kalau suami saya keras dan saya juga keras ia akan menjadi susah. Sebetulnya suami kena ke depan dan saya perlu di samping mengikuti langkahnya barulah akan dapat harmoni…”

“Haris jenis yang selalu bagi ruang dan dia bukan jenis yang perlu ikut dia saja. Dia bagi kebebasan untuk saya bernafas sikit. Saya tak rasa tekanan dan rasa macam diri sendiri saja. Jadi di situ manisnya..” katanya lagi.