‘Cat Walk’ Di Pentas Peragaan, Gaya Menawan Nasha Aziz Raih Perhatian Ramai

Siapa yang tidak kenal dengan model terkenal Nasha Aziz ini? Nasha Aziz atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz ini sememangnya cukup dikenali sejak zaman 2000 lagi. Bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang peragaan malah lakonannya juga sering meraih pencapaian yang membanggakan apabila memenangi anugerah nasional iaitu Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia.

Iospital phone repair gombak

Umum mengetahui, Nasha Aziz memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak 1989 sehingga pernah mendapat jolokan sebagai ‘Supermodel Malaysia’. Malah dia pernah ditawarkan kontrak peragaan di New York, Amerika Syarikat namun di atas faktor agama dia terpaksa menolak dan memilih untuk membina kariernya di Malaysia.


Setelah sekian lama tidak melihat Nasha melakukan peragaan di atas pentas akhirnya baru-baru ini dia telah muncul di atas pentas peragaan Grand Launching Munawwareen Muslimah Fashion Show bertempat Shangrila Hotel Kuala Lumpur sekaligus mencuri tumpuan netizen.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @peanutbutter.channel di laman TikTok ini, memaparkan Nasha Aziz yang sedang ‘cat walk’ sambil memperagakan busana berwarna hijau dan berhijab.

Dalam video tersebut, walaupun penampilannya sangat ‘simple’ tetapi gaya dan aura supermodel bila berjalan di atas pentas peragaan itu sememangnya cukup menawan dan pro.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet juga turut kagum melihat kecantikkan Nasha Aziz yang semakin jelita dan awet muda walaupun sudah berusia 51 tahun. Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan pelakon ini mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang model dan selebriti.

Antara komen warga maya:

“kak nasha memang lawo beb…pernah jumpa depan..masha’Allah tinggi dan cantik..”


“yang mana tak cukup duit untuk cantik..aku bagi petua untuk awet muda serta sentiasa berseri-seri sentiasa dalam keadaan berwuduk dengan sempurna..insha’allah..”


“yes betul tu umur dia 51 tahun..dia ni rajin mandi awal pagi sebelum subut..awet muda..”


“semakin cantik dia ni tau..lebih-lebih lagi bila dia bertudung sangat-sangat sempurna, model satu-satunya di Malaysia pandai jaga imej & nama sendiri..”


“dia cantik dari dulu lagi..percakapan pun sopan tak sombong..semoga Allah merahmati dan memberkati Nasha..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@peanutbutter.channel OMG ! Betul ka dia 51 Tahun? Persis anak dara baru habis sekolah .. Primadona Nasha Aziz ! #fyp #viral #nashaaziz #primadona #fypシ ♬ original sound – _wanyhasrita_

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 395.5k tontonan, 24.7k tanda suka, 1202 komen, 1118 simpanan, 1007 perkongsian di laman TikTok.