Gelagat Elly Mazlein Dikatakan Ganggu Persembahan, Pihak GV9 Tampil Beri Kenyataan

Konsert minggu ketiga program Gegar Vaganza musim ke-9 yang bertemakan ‘Pilihanmu, Aku Lock!’ ini menyaksikan Haida Hasnan sebagai peserta kedua yang tersingkir. Kebanyakkan penyanyi-penyanyi malam itu telah membawakan musik genre yang berlainan dengan baik. Malah persembahan mereka juga membuatkan ramai teruja dan terpukau.

Iospital phone repair gombak
Pun begitu, ada segelintir penonton yang menyifatkan aksi Elly Mazlein seperti menganggu tumpuan persembahan para peserta.

Siapa yang menonton pasti menyedari degan kemunculan Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina PomPom ini yang menari di atas pentas ketika persembahan Jaclyn Victor dan Fuad Rahman.

Meskipun ada yang kurang senang namun gelagat Kak Lina membuatkan ramai terhibur.

Susulan isu tersebut, pihak Astro tampil memberikan kenyataan tentang komen-komen yang diberikan oleh netizen.

Memetik Gempak, pihak tersebut menjelaskan apa yang dilakukan oleh Kak Lina sebenarnya spontan dan tidak dirancang malah mereka turut mengatakan sentiasa menerima baik maklum balas yang diberikan.

“Apa yang berlaku malam ni sebenarnya tidak dirancang. la spontan dan Kak Lina pun bawa tenaga konsert malam ni. Ada part dia menari keluar masuk tu completely tiada kawalan..”

“Kami ambil maklum setiap komen daripada penonton. Apa-apa pun ini adalah pertandingan dan kami akan pastikan ia tidak mengganggu peserta-peserta GV9…”

“Saya tahu ramai orang ada pendapat masing-masing dan kami juga akan beri nasihat pada Kak Lina juga. Harapnya minggu depan dengan tema kerohanian, semuanya lebih terkawal…”

“Tapi dari pihak saluran sendiri, kami mahu seimbangkan antara nilai hiburan dan tidak mahu menjejaskan persembahan sesiapa,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi tentang aksi Kak Lina yang dikatakan terlampau ‘over’. Bukan itu sahaja, ada yang turut membeza-bezakan gaya pengacaraan Jihan Muse yang lebih baik berbanding Kak Lina.

Namun segelintir daripada mereka masih menyukai dengan aksi Kak Lina yang menggamatkan suasana di pentas.

Antara komen warga waya:

“i think elly did a great job…yang lain kalau tak suka jangan nak sibuk-sibuk jadi judge macam paham je..”



“tak minat cara dia mengacara..lebih suka jihan..”

“aik rasanya malam tadi penari yang tarik kak lina ke pentas kan masa jac nyanyi..bukan dia saja-saja gi menari..ce tgk semula uolss..”

“dah rancangan hiburan..kami memang terhibur takda lah bosan..tak suka tengok takpe boleh tengok siaran lain..hepi di malam minggu…”

“tak faham ramai yang triggered dengan cara kak lina mengacara, siap bandingkan dengan jihan seolah-olah kak lina caras periuk nasi jihan padahal jihan tu cuti bersalin lagipun setiap orang ada cara tersendiri dan mungkin juga penerbit yang suruh…apo lah..”