Kondom Berperisa ‘Teh Tarik Kurang Manis’ Super Sensitive Diperkenalkan

Teh tarik ni dah macam minuman wajib orang kita. Kalau lepak mamak mesti nak order teh tarik sambil sembang-sembang dengan member.

Tapi ni dah macam tahap obses lebih bila nak rasa teh tarik juga masa berjimak. Kondom berperisa Teh Tarik ini adalah keluaran terhad dari One Condoms.

Kondom ini adalah edisi terhad untuk pasaran Malaysia. Sebelum ini syarikat tersebut pernah menjadi bualan ramai apabila mereka mengeluarkan kondom berperisa Durian dan Nasi Lemak.

Kalau anda berminat, kondom Teh Tarik ini boleh didapati secara online melalui laman web ONE Condoms. Kondom edisi terhad ini juga akan dijual di kedai farmasi seluruh negara pada pertengahan bulan September ini.

Yang dah kahwin pun boleh cuba untuk surprise kan bini malam Jumaat nanti.