[VIDEO] “Khas buat Abam” Kita Baik Ramai Sayang Nyanyian Achey dan Fad Buat Peminat Sebak

Pemergian pelawak popular, Abam Bocey beberapa minggu lepas masih lagi memberi kesan kepada para peminat, keluarga dan rakan rapatnya.

Terkenal dengan tagline ‘Buat Baik Ramai Sayang’, ternyata benar-benar ramai yang sayang dengan Allahyarham Abam.

Mahu mengabadikan memori bersama di dalam lagu, Fad dan Achey telah hadir dangan lagu bertajuk Kita Baik Rami Sayang dedikasi khas buat Allahyarham Abam.

Lagu tersebut adalah ciptaan Ippo Hafiz dan liriknya ditulis oleh Ippo Hafiz bersama Fad dan Achey.

Baru saja dimuatnaik pada Rabu, video muzik Kita Baik Ramai Sayang telah menerima hampir 400,000 views di laman Youtube.

Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau disahkan telah meninggal dunia awal pagi pada 10 Fedruari 2020.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

 

Lirik Lagu Kita Baik Ramai Sayang

Tak pernah dibayangkan
Kau akan kembali
Saat yang ditinggalkan
Hanya bertemankan air mata

Beribu mendoakan
Bintang pun turut menyaksikan
Saat kami merindui kamu
Damailah engku di sanan

Kini engkau telah pergi
Pergi menjauh dari kami
Oh sahabat, engkaulah sejati
Tiada yang bisa terganti

Kami pohonkan agar engkau
Tenanglah di sana
Wahai sahabat yang kami sayangi
Yang kami cintai
Buat selamanya

Kini engkau telah pergi
Pergi menjauh dari kami
Oh sahabat, engkaulah sejati
Tiada yang bisa terganti
Kami pohonkan agar engkau
Tenanglah di sana

Wahai sahabat, yang kami sayangi
Yang kami cintai, buat selamanya.