“Bab rumah tangga..” Didakwa Fail Cerai di Mahkamah, Ini Respon Isteri Aliff Syukri

  ISTERI kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid enggan memberikan komen terhadap dakwaan dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah. Shahida ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya. “Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta [...]

Isteri kepada usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid didakwa sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Menerusi laporan HMetro, Shahida ketika dihubungi berkata, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya ringkas.

Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Aliff ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

“No komen”, katanya kepada Harian Metro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sebelum ini kisah rumah tangga Alif dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Apa yang lebih menguatkan spekulasi itu apabila single yang baru dikeluarkan oleh beliau seolah-olah ditujukan kepada isterinya itu.

“Lagu ini bukan ditujukan pada isteri atau keluarga saya tapi dicipta untuk orang yang tak bahagia. Lagu ini tak ada kaitan dengan keluarga”.

Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia

“Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia. Bahagia itu subjektif. Ada orang kaya bahagia, ada kerjaya bahagia, dapat hadiah bahagia”.

“Dalam kehidupan ini ada pasang surut dan ketika saya cipta lagu ini enam bulan lalu saya berada dalam mood tak begitu baik kerana tekanan kerja, bisnes dan netizen,” ujarnya.

Menerusi carian di laman Instagram Aliff Syukri, dia tidak lagi mengikuti isterinya di Instagram.

Malah Shahida juga tidak lagi mengikuti Aliff Syukri.

Datuk Seri Aliff Syukri dan  Datin Seri Nur Shahida telah berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.