[VIDEO] Setia Jaga Sahabat Terlantar Hingga Akhir Hayat, Jiran Katil Sebelah Rakam & Hantar Pada Keluarga

Memiliki sahabat yang ada bersama-sama semasa susah dan senang kita merupakan satu rezeki buat kita.

Bertapa bertuahnya jika anda memiliki sahabat yang sentiasa ada bersama-sama sehingga ke hujung nyawa.

Begitu juga dengan kisah yang dipetik dari laporan mStar ini mengenai kisah seorang lelaki yang memiliki sahabat yang sanggup menemaninya hingga hembusan nafas terakhir.

Satu dalam seribu

Satu dalam seribu, antara kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan pengorbanan seorang pemuda yang sanggup bersusah payah dan bersengkang mata menjaga sahabatnya yang terlantar sakit.

Menerusi perkongsia video itu yang tular di laman Instagram memaparkan pemuda berkenaan sedang berada di hospital bersama sahabatnya.

Ini adalah sahabat arwah abang yang setia menemani

Dalam video berkenaan, sahabatnya itu sedang menukar pakaiannya di wad ketika itu benar-benar menyentuh hati netizen.

“Ada insan share dekat group family kami. Tak tahu siapa yang record, mungkin rakan di wad yang sama.

“Ini sahabat arwah abang yang setia menemani, menurut kehendak. Satu dalam seribu. Terima kasih,” demikian kapsyen pada video berkenaan.”

Arwah sakit jantung ketika bekerja

Menurut Rosmina Ismail yang memuat naik video berkenaan, arwah abangnya, Roslim Ismail, 34, terlantar sakit sejak hampir dua bulan lalu kerana seranngan jantung.

“Arwah abang dimasukkan ke hospital ketika awal Ramadan lalu selepas terkena seranganjantung ketika sedang bekerja.”

Keadaan kesihatannya semakin merosot

“Kami sekeluarga terkejut sangat sebab abang sihat sahaja sebelum ini. Dia bekerja sebagai buruh dan dia memang biasa buat kerja berat.”

“Selepas beberapa hari dirawat, abang dibenarkan keluar hospital. Namun keadaan kesihatannya makin merosot.”

Arwah dimasukkan ke wad kerana jantungnya lemah

“Dia kerap ulang alik ke hospital dan dimasukkan ke wad kerana keadaan jantungnya lemah.

“Hinggalah pada 28 Mei, arwah abang sekali lagi dimasukkan hospital berikutan keadaannya yang lemah.”

“Saya dan seorang lagi abang yang tinggal serumah di Pasir Mas, Kelantan, akan ulang alik menghantar barang dan selesaikan urusan hospital.”

“Disebabkan keadaan sekarang, waris tak dibenarkan teman. Hanya datang melawat seketika saja,” cerita wanita berusia 28 tahun ini.

Sahabatnya mahu teman dan dia sebagai wakil keluarga kami

Kongsi Rosmina, arwah abangnya kemudian memaklumkan bahawa seorang rakannya akan menemaninya di hospital sepanjang dia dirawat.

“Sekarang ni hanya seorang sahaja boleh teman dan wajib buat swab, jadi disebabkan sahabatnya mahu teman, kiranya dia sebagai wakil keluarga kami.”

Mungkin ada sikap dan kebaikan arwah abang kepadanya

“Kami sekeluarga sangat terharu apabila sahabatnya, Peyuh (nama panggilan) tawarkan diri nak menemani.”

“Memang masa arwah masih sihat, dia selalu bawa Peyuh ni bekerja sekali.”

“Mungkin ada sikap atau kebaikan arwah abang terhadapnya membuatkan dia mahu menemani.”

Bukan setakat jaga tapi tukar lampin dan macam-macam lagi

“Bukan setakat jaga tapi tukar lampin dan macam-macam lagi. Video ini mungkin dirakam oleh pesakit lain di wad atau jururawat.

“Pada malam abang meninggal dunia ia dihantar ke group keluarga kami. Memang sebak, sampai sekarang mengalir air mata kalau tengok video tu,” cerita Rosmina yang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik.

Peyuh akan sampaikan pesanan abang kepada kami

Menurut Rosmina, Peyuh akan bertindak sebagai perantara untuk menyampaikan apa sahaja pesanan abangnya kepada keluarganya.

“Kira-kira lima hari juga Peyuh menemani arwah abang di hospital di Pasir Mas sebelum abang terpaksa dipindahkan ke hospital di Kota Bharu pada 6 Jun.”

Peyuh akan marah jika kami bimbang menyusahkan dirinya

“Malah, dia yang teman arwah abang dalam ambulans ketika nak ke Kota Bharu, manakala seorang lagi abang saya ikut dengan kereta lain di belakang.”

“Peyuh cerita, arwah abang banyak kali bertanya bimbang menyusahkan dirinya, namun Peyuh ni marah balik.”

Dia buat semua ini ikhlas

“Dia kata dia buat semua ini ikhlas. Betul-betul respect dengan sahabat arwah abang yang satu ini,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Menurutnya, abangnya hanya sempat dirawat sehari sahaja di Kota Bharu, Rosmina berkata arwah abangnya menghembuskan nafas terakhir pada 7 Jun lalu.


Ramai orang WhatsApp cerita pasal arwah

“Selepas arwah meninggal dunia, ada ramai sangat yang WhatsApp dan cerita pasal arwah, antaranya seorang kawan.”

“Ayahnya sama wad dan duduk sebelah katil dengan arwah abang. Dia cerita, abang ni suka tolong orang dalam wad. Sebak rasanya bila dengar.”

Abang redha kalau dia dijemput ajal

“Kemudian kami terbaca status WhatsApp yang dikongsi Peyuh. Rupa-rupanya abang ada cakap kepadanya yang dia dah reda kalau dijemput ajal.”

“Malah abang ada tanya dia, dengan siapa dia nak berkawan kalau abang dah pergi.”

Abang rindu anak tunggalnya 

“Abang juga pernah cerita kepada Peyuh yang dia rindu sangat dengan anak tunggalnya yang berusia lima tahun yang dijaga bekas isteri.”

“Kami dah bawa sebenarnya, tapi tak dibenarkan masuk. Dia juga pernah mimpi bertemu arwah ibu.”

Arwah abang seolah beritahu dia akan pergi

“Bila baca apa yang dikongsi Peyuh, memang sedih. Arwah seolah-olah nak beritahu dia nak ‘pergi’.”

“Namun kami reda. Perkongsian video itu saya buat sebab nak sampaikan mesej persahabatan dan keikhlasan.”

Terima kasih Peyuh

“Terima kasih Peyuh dan semua yang mendoakan arwah abang saya,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Piseycheese (@rosminaismail)

Salam takziah kepada keluarga, semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi ujian ini.