Hampir Bercerai Mentua Tuduh Isteri Mandul, Rupanya Kebenaran Terbongkar Bila Periksa Sperma Suami

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya tidak sabar menanti detik kehadiran cahaya mata.

Pastinya dengan kehadiran zuriat akan dapat menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.

Namun begitu, setiap perkahwinan akan ada cabaran dan perjalanan melayari bahtera mereka sendiri.

Saban tahun setia menanti kehadiran cahaya mata

Ada yang terlalu awal dikurniakan cahaya mata hingga tidak sempat bersedia, namun begitu ada juga yang mengalirkan air mata saban tahun menanti zuriat mereka.

Lambat atau cepat, pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Kadang-kala rezeki lain akan datang terlebih dahulu sebelum rezeki menimang cahaya mata.

Walaubagaimanapun, tidak semua dari kita sedar akan kesedihan dan penantian menunggu rezeki menimang cahaya mata apabila ada sahaja soalan nakal yang ditanyakan.

Wanita sering dipersalahkan jika belum ada anak

Malah, tanpa kita sedari masyarakat sering meletakkan kesalahan di atas bahu wanita apabila pasangan tersebut masih belum menimang cahaya mata.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok ini telah berjaya menarik perhatian ramai mengenai isu kesuburan yang akan dilalui oleh setiap pasangan.

Perkongsian tersebut akan menukar perspektif orang ramai mengenai apa yang sebenarnya perlu diketahui.

11 tahun menanti kehadiran si kecil dalam hidup mereka

Seorang doktor telah berkongsi satu klip video mengenai kisah suami isteri yang telah datang berjumpa dengannya untuk membuat pemeriksaan kesuburan.

Pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun usia perkahwianan mereka telah memasuki 11 tahun.

Keluarga mertua bersangka menantu perempuan mandul

Malah, pasangan ini juga turut terkesan apabila mendapat keluarga mertua bersangka bahawa masalah tersebut berpunca dari menantu perempuan mereka mandul

Apabila pemeriksaan kesuburan dibuat, akhirnya mereka mendapat keputusan kesuburan suami dan isteri tadi.


Rupanya masalah berpunca dari sperma suami

Rahim isteri dalam keadaan sihat sahaja dan masalah sebenarnya daripada sperma suami.

Si suami dikatakan mempunyai masalah apabila memiliki sperma yang tidak normal termasuk yang tiada kepala.

Isteri masih setia berjuang bersama suami 

Namun begitu, sikap isteri yang terus positif dan terus mahu berjuang bersama suami untuk mendapatkan cahaya mata.

@infobumildansikecilSemangat ya para ##pejuanggarisdua ##edukasi ##taugasih ##dokterkandungan ##fypシ ##foryoupage♬ original sound – Info Bumil dan Si Kecil

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan perkongsian tersebut dan menitipkan doa buat semua pasangan yang masih menunggu.

Semoga semua diluar sana yang masih berjuang menunggu cahaya mata terus positif dan jangan putus asa.