Kini Selesa Jadi ‘Bodyguard’, Wanita Ini Sanggup ‘Resign’ Kerja Gomen Demi Gaji Berlipat Ganda!

Sudah menjelang tahun 2023, tidak kiralah wanita mahupun lelaki kini bebas bekerja sebagai apa sahaja yang mereka mahu tanpa memikirkan ‘stereotype’ pekerjaan yang sesuai untuk jantina masing-masing.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah hebat seorang wanita ini yang merupakan bekas anggota polis kini telah pun bekerja sebagai pengawal peribadi kepada seorang ahli perniagaan.

Berdasarkan laporan MStar, Wanita yang bernama Ameyza Yaacob, 35, dia tidak pernah menyesali keputusannya untuk menjadi ‘bodyguard’ walaupun telah mendapat banyak tentangan daripada pelbagai pihak sebelumnya.

“Saya kerja dalam kerajaan selama lima tahun. Saya resign Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2019. Sebabnya, saya dapat better offer daripada syarikat swasta.

“Masa tu saya ambil masa dekat setahun untuk resign. Saya berfikir dalam tempoh setahun. Saya tanya orang lama dekat unit saya, kemudian saya juga berbincang dengan keluarga.

“Awalnya keluarga pun tak bagi saya resign, sebab dah kerja kerajaan tiba-tiba nak kerja swasta. Mereka berat hati. Tapi saya jelaskan sebab saya. Akhirnya mereka bagi green light,” terangnya.

Dia yang mahu dikenali sebagai Aimey ini mengakui bahawa hidupnya kini lebih terjamin, dan turut bersyukur kerana dapat berbakti terhadap keluarganya yang menetap di Kelantan.

Dikatakan, dia sentiasa percaya dengan takdir Allah dan yakin bahawa rezeki itu ada di mana-mana, asalkan ianya disertai dengan usaha serta kerja kerasnya.

“Mengenai pencen, benda tu saya dah hadap sejak resign sehingga sekarang. Orang tanya, tak sayang ke? Rugi sebab kerja kerajaan ada pencen. Macam saya, saya dah buat keputusan, kenapa nak menyesal?

“Sayang memang sayang. Siapa cakap tak sayang? Sebab dari sekolah rendah saya nak jadi polis. Bila dah dapat kerja polis, saya berhenti pula. Tapi saya fikir tanggungjawab serta komitmen yang perlu ditanggung.

“Saya ada mak ayah yang perlu disara. Bila dapat better offer, gaji tiga kali ganda berbanding gaji lama, why not saya lepaskan benda ini. Rezeki Allah itu luas, bukan dalam sektor kerajaan saja.

“Alhamdulillah. Saya rasa ini keputusan terbaik untuk diri saya dan untuk keluarga sebab saya boleh bagi macam-macam untuk mereka,” jelasnya yang kini sedang menetap di Kuala Lumpur.

Aimey turut menceritakan kisah perjalanan kerjayanya menerusi video yang dimuat naik olehnya di TikTok.

Bagaimanapun, video yang dikongsikan itu mendapat kritikan beat daripada netizen, malah ada pula yang menuduh bahawa dia diberentikan kerja.

“Betina ni kena buang bukan berhenti,” tulis seseorang individu di bahagian komen sehinggakan Aimey terpanggil untuk memberi penjelasan bagi dirinya.

Difahamkan, Aimey tidak kisah dengan tanggapan orang, akan tetapi sekali lagi mahu menyangkal tuduhan jahat tersebut kerana ianya tidak benar sama-sekali.

“Yang pasal dituduh kena buang kerja, saya sebenarnya dah pernah jelaskan. Saya sendiri pernah cerita kenapa saya berhenti kerja. Saya tak kisah pun, sebab keluarga dan sesiapa yang kenal saya, mereka tahu saya resign, bukan kena buang.

“Kalau mereka pandai, benda tu mereka boleh fikir. Dalam sektor awam, bukan senang-senang nak buang anggota atau pekerja, melainkan kalau kesalahan itu berat. Kalau betul saya kena buang, orang tak akan ambil saya kerja sebab rekod dah buruk,” tambahnya lagi.