“Camtu je dia gula-gulakan abg” Gelagat Alisa Kenakan Yusuf Ketika Berenang Buat Ramai Terhibur

Siapa tidak kenal dengan pasangan selebriti terkenal iaitu Hairul Azreen dan isteri tercinta, Hanis Zalikha yang sering berkongsi kisah hidup di media sosial bagi tatapan peminatnya.
Iospital phone repair gombak
Tambahan pula keletah Yusuf Iskandar yang sering membuat netizen tersenyum dan juga gelagat Alisa Aisyah yang comel sering mendapat perhatian umum.

Hampir setiap hari ada sahaja video yang tular memaparkan gelagat dua beradik ini yang sering dikongsikan oleh Hanis dan Hairul bersama peminat mereka.

Terbaru, tular di media sosial dimana gelagat mereka mengusik antara satu sama lain ketika berenang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, Alisa Aisyah bersama abangnya itu melakukan aktiviti berenang dan sempat bertanding sesama mereka.

Namun apa yang membuatkan ramai cuit hati adalah Alisa dengan selamba mengenakan abangnya itu apabila disaat mereka berenang yang membuatkan dia menjadi pemenang dimana dalam diam dia menemukan cara untuk membuatkan dirinya menang.


Dalam pertandingan tersebut, Yusuf gigih berenang namun Alisa dengan santai berjalan akan tetapi dia akan terus tukar kepada posisi berenang setelah dilihat oleh abangnya.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen terhibur malah berseloroh mengatakan dengan semudah itu abangnya ‘digula-gulakan’.

“Pandai dho, time muka abang dia macam toleh ke dia, dia terus buat-buat berenang.. time abang dia toleh ke sana, dia berlari hahaha’- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan anak nombor 2 sememangnya mempunyai perangai yang lain daripada lain malah sukar dijangka.

Antara komen warga maya:

“2nd child always de cleverer”

“Macam tu je dia gula gulakan abang dia”


“Ikut perangai mummy ke daddy ni..”

“Think out of the box alisa hebat”

“Alisa: work smart abang, dont work hard”

“Anak ke 2 memang cenni aku rasa.. akal panjang”

“Pretty with brain.. hahaha dengan tak bersalah cakap whatt”


Video yang tular di laman TikTok:

@hairul_azreen88Syarat janji siapa sampai dulu haha

♬ original sound – Hairul Azreen