“Kerja gila!” Menyamar Jadi Buaya Untuk Usik Buaya, Aksi Berani Lelaki Buat Ramai Gerun!

Tidak semua perkara kita boleh jadikan gurauan apatah lagi perkara yang melibatkan nyawa sendiri ataupun orang lain.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, buaya merupakan haiwan liar yang sangat digeruni bahkan terdapat banyak tragedi yang dapat kita lihat di media sosial mahupun kaca tv dimana ada yang maut dibaham buaya.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang ‘selamba’ mengusik buaya yang sedang berjemur di tebing sungai cetus perdebatan ramai.

Menerusi video yang tular, dapat kita lihat, seorang lelaki memakai kostum buaya dan berbaring (dalam posisi meniarap) di sebelah buaya sebenar.

Lebih mengejutkan apabila dia selamba mengeluarkan tangannya untuk mengusik buaya dengan menarik kaki reptilia itu berkali-kali.


“Lelaki pakai kostum buaya untuk mengusik buaya sebenar.. ini sebabnya mengapa wanita hidup lebih lama” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen,rata-rata warga netizen memberikan reaksi masing-masing dan akui tindakan ‘gila’ lelaki tersebut sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa.

Bukan itu sahaja, netizen juga berpendapat bahawa lelaki tersebut bernasib baik kerana tiada buaya lain yang berada di situ ketika itu dan buaya berkenaan tidak menyerangnya.

Antara komen warga maya:


Video yang tular di laman Twitter: