Viral
“Kamu kejam rampas bayi kami” Lelaki Sebak Hilang Anak Gara-Gara Lori Lebih Muatan

Risiko keselamatan di atas jalan raya semakin meningkat dengan ramainya pemandu-pemandu kenderaan yang tidak bertanggungjawab malah mementingkan diri sendiri.
Sebagai pemandu berhemah, perlu kita titiberatkan tentang nyawa pengguna jalan raya yang lain. Kita juga disarankan untuk sentiasa mematuhi undang-undang ketika memandu demi mengelakkan kemalangan tidak diingini berlaku.
Terbaharu, tular di Facebook satu video rakaman dashcam memaparkan kemalangan melibatkan sebuah lori dan dua kereta.
Kejadian 29 Oktober itu berlaku apabila sebuah lori memecut laju ketika menghampiri selekoh, menyebabkan muatan yang dibawa ‘terhempas’ ke atas sebuah kereta.
Disebabkan itu, kereta berjenama Honda terbalik ke dalam parit sebelum. Menurut mangsa, Ding Sheng Koh, dia yang di belakang turut mengalami hal yang sama.
Ulasnya lebih lanjut, dia tidak akan memaafkan pemandu dan syarikat lori tersebut. Lebih terkilan, dia belum menerima sebarang permohonan maaf sehingga ke hari ini.
“Saya dan isteri akan menyambut kelahiran bayi kami ke dunia dan kamu rampas bayi kami dalam kemalangan ini. Ia boleh dielak, tetapi kerana tindakan melulu pemandu lori serta kecuaian syarikat, ia menjadi punca kejadian itu.
“Saya tak akan maafkan kamu. Tiada wakil syarikat kamu dan syarikat penghantaran yang menghubungi kami untuk minta maaf atau ucap takziah selepas kejadian berlaku. Kamu lukai keluarga kami dengan kemalangan ini,” luahnya.
Perasan serba salah terhadap keluarga kecilnya itu juga terbit di dalam Ding kerana berasa gagal untuk melindungi mereka dengan baik.
“Saya tengok isteri saya menangis setiap hari melihat gambar bayi kami. Saya rasa seperti nak bunuh pemandu itu. Saya harap kru kargo dan syarikat penghantaran boleh jelaskan kenapa mereka guna trak ini untuk hantar barang. Ia kelihatan seperti melebihi had ketinggian.
“Kerana kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya retak, tiga tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera. Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam sangat nak rampas dia daripada kami?” katanya.
Dalam pada itu, Ding turut mempersoalkan tindakan culas pemandu lori yang membahayakan pengguna jalan raya lain. Lagi-lagi apabila pemandu lori itu melarikan diri dari tempat kejadian sebelum akhirnya ditahan polis di Jeli, Kelantan.
“Kejadian berlaku di Grik, sebelum sampai ke Titiwangsa. Kenapa pihak syarikat kamu mengupah seorang pemandu yang memandu lori secara merbahaya? Mengapa barang muatan bertindih begitu tinggi, barangan tersebut telah melebihi pintu pagar lori.
“Walaupun tidak melebihi had berat tetapi ia telah melebihi had tinggi yang ditetapkan, harap pihak syarikat kamu memberi penjelasan sewajarnya.
“Pemandu lori tersebut akhirnya ditahan oleh anggota polis ketika sekatan jalan raya di Jeli,” jelasnya.
Tambah Ding, dia seperti dapat meneka kemalangan yang bakal berlaku namun tidak sempat untuk bertindak kerana semuanya berlaku sekelip mata.
“Ketika kejadian berlaku, saya lihat lori datang dengan laju sehingga keseluruhan badan lori sudah condong. Mujur pengalaman saya memandu agak lama, sebelum kejadian berlaku saya sudah kurangkan kelajuan kereta saya, jika tidak mungkin saya juga sudah meninggal dunia.
“Daripada anggaran saya kelajuan lori tersebut melebihi 90km/j. Semasa saya nampak kedatangan lori tersebut, saya sudah mengurangkan kelajuan saya dari 80km/j hingga ke 60km/j, tetapi masih tidak dapat mengelak daripada kejadian ini berlaku,” katanya.
Di akhir penulisannya itu, dia menitipkan pesan kepada syarikat serta pemandu terlibat agar lebih bertanggungjawab bagi mengelakkan kecelakaan sedemikian berulang lagi.
“Saya rasa bersalah terhadap bayi dalam kandungan ibu sebab ayah tidak mampu melindung awak dengan baik. Saya harap pemandu lori tersebut dapat balasan setimpal.
“Saya harap selepas kejadian ini, pihak syarikat kamu gunakan trak yang betul untuk menghantar barang. Untuk syarikat penghantaran, saya harap kamu mengupah pemandu yang bertanggungjawab.
“Trak adalah sejenis alat untuk kamu semua mencari rezeki, tetapi kamu tidak boleh pentingkan diri sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” nasihatnya.
Video yang tular di laman Facebook
"No need to sour-sour, absolutely correction!!" Mak Lailerss

You may like
Popular

Lagi ‘Drama’ Budak Prasekolah! Melekat Pada Badan Guru Macam Spiderman Tak Mahu Lepas, Cikgu Layankan Saja

Lelaki Dapat Beli Ikan Patin Tempoyak & Kuih Ulat Bulu di Bazar Ramadan Kelantan Dengan Hanya RM10

Tergelincir Jatuh Dalam Kapal Akibat Gempa Bumi, Netizen Cuak Tengok Pekerja Offshore Masih Mampu Ketawa

“Bulan puasa ke ni?” Opah Tak Tahu Bulan Ramadhan, Selamba Sahaja Minum Air Kotak Buat Ramai Rindu Nenek Mereka

“Terpaling tenang” Wanita Rempuh Kereta Myvi, Masalah Selesai Dengan Tenang & Cepat Tak Sampai 30 Saat!
