Kereta Tersangkut Di Jejantas Pejalan Kaki, Aksi Bezza Ini Buat Ramai Hairan

Ramai diantara kita yang menggunakan applikasi Waze atau Google Map bagi memudahkan perjalanan.

Bahkan ianya juga dapat mengelakkan kita daripada tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas kerana applikasi ini akan memberikan jalan alternatif lain.

Bagaimana pun, applikasi ini ada juga kelemahannya dan adakalanya membuatkan kita keliru malah jika tidak digunakan dengan betul, kenderaan kita mungkin boleh terjun ke longkang dan sebagainya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kenderaan tersangkut di jejantas pejalan kaki mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kimiebahari, dapat kita lihat dia sedang merakam gelagat kenderaan berjenama Perodua Bezza tersangkut di jejantas khas untuk pejalan kaki.

Aksi tersebut membuatkan ramai yang hairan bagaimana ianya boleh tersangkut disitu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menanggap mungkin ianya salah waze yang membuatkannya keliru dan akhirnya tersangkut di situ.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga sempat berseloroh mengatakan mungkin owner Bezza tersebut lupa untuk tukar daripada mode motor ke mode kereta.

Antara komen warga maya:
“Hahaha dia ingat bawak kancil buleh masuk semua jalan”

“Hahaha ok nasib kali ni bukan Myvi”


“Amenda oi kereta mana boleh naik situ”

“Ni confirm on waze tapi pakai mode motor”

“Ni mesti salah perempuan dalam waze tu”

Video yang tular di TikTok:

@kimiebahari malas nak cakap apa#ditaja #FilmTeyvatIslands #courier #abgpergiberjuang ♬ original sound – cintaHati❤