Kereta Dirempuh Teruk Dari Belakang, Aksi Suami Pegang Perut Isteri Hamil Raih Pujian Ramai

Kemalangan sememangnya boleh berlaku pada bila-bila masa oleh sebab itu kita perlu ‘extra’ alert bila berada di atas jalan raya.

Terkadang, kita dah cukup berhati-hati di jalan raya namun ada segelintir individu yang bersikap mementingkan diri sendiri dan cuai menyebabkan kita turut terlibat dalam kemalangan.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan suami isteri ini terkejut apabila keretanya dirempuh beberapa kali dari arah belakang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @_snowyyyy, ketika semua kenderaan sedang berhenti dalam kesesakan lalu lintas, tiba-tiba datang sebuah kerete Hyundai dalam keadaan laju melanggar Honda Civic yang dinaiki pasangan suami isteri terbabit.

Difahamkan, kereta tersebut tidak sempat menekan brek setelah melihat berlakunya kesesakan lalu lintas.

Kemalangan tersebut turut melibatkan beberapa buah kenderaan di hadapan mereka.

Dapat kita lihat impak pelanggaran itu sangat kuat sehinggakan barangan yang ada di tempat duduk belakang terjatuh daripada kerusi dan cermin mata yang dipakai oleh pemandu tertanggal.


Namun apa yang membuatkan ramai kagum adalah si suami dengan pantas memegang perut isteri yang sedang hamil dan memastikan isterinya berada dalam keadaan baik.

Menerusi sebuah video lain, wanita itu berkongsi keadaan bayi dalam kandungan dan netizen bersyukur anaknya berada dalam keadaan baik selepas berlakunya pelanggaran tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap suaminya yang begitu cakna dengan keadaan isteri.

Bukan itu sahaja, warga maya turut berkongsi saranan tentang pentingnya menggunakan tali pinggang keledar ketika memandu agar pemandu dan penumpang tidak mengalami kecederaan teruk sekiranya berlaku kemalangan.

Antara komen warga maya:

“Nasib baik pakai seatbelt, kalau tak terpelanting juga tu”

“aaaa nampak kereta belakang tu melulu lajuu, seramnya..”


“Respect dekat husband dia.. terus pegang perut wife.. semoga baik2 saja.. Aamiin”

“Betul lah mak aku kata, kadang kita ni bawak elok dah, tapi kereta lain yang langgar kita”


Video yang tular di laman TikTok:

@_snowyyyyAlhamdulillah nasib baik baby selamat 🥺🤲🏻 senak perut♬ Lai Lai Lai – Realkdmusic

@_snowyyyy Replying to @VelvetBlue_MorGlory ♬ original sound – Snw

@_snowyyyy Replying to @FaaZie ♬ original sound – Snw