Budak Lelaki Nangis Tanpa Suara Tengok Video Arwah Ayah Dalam Diam Buat Ramai Sayu

Setiap insan yang bernyawa pasti akan merasai mati dan itu merupakan lumrah hidup yang sukar untuk ‘ditelan’ namun harus akur dengan segala takdir.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, ahli keluarga antara yang paling terkesan bila insan yang mereka sayangi pergi buat selama-lamanya apatah lagi anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu atau bapa.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki menangis tanpa suara melihat video arwah ayahnya nyata mengundang sebak ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya di laman TikTok iaitu @aisyahsanusi, pada awalnya wanita ini hairan rumahnya agak sunyi tanpa gelagat anaknya.

Namun bila diperiksa, alangkah terkejutnya dia melihat anaknya yang menangis tanpa suara sambil melihat video arwah ayahnya di dalam telefon bimbit.

“Allah…ingat dia diam buat ape..rupanya tgk video arwah ayah dia,” ujar pemilik video tersebut di ruangan kapsyen


Apabila ditegur oleh ibunya, budak lelaki tersebut memandang wanita ini dengan pandangan yang sayu sambil air mata masih berlinangan dipipi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan sebak melihat budak lelaki tersebut yang sangat rindu akan ayahnya sehingga mengalirkan air mata tanpa suara.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui rindu yang paling sakit dan dalam adalah rindu pada orang yang telah pergi buat selama-lamanya serta yang tinggal hanyalah gambar dan video untuk dijadikan kenangan.

Antara komen warga maya:

“Nanti ajak ibu pergi kubur ayah ye.. tahan suara dia ye cuma air mata keluar.. perjalanan awak jauh lagi sayang.. kuatlah..”

“Rindu yang amat sakit adalah rindu pada insan yang tiada di bumi ini..”


“Sabar ye sayang.. semoga Allah kurniakan kecekalan untuk anak ini.. jadi insan hebat satu hari nanti.. amin YRA”

“Rindu kat ayah dia mesti dulu rapat sangat, kita pula yang meleleh..”

“Kecik lagi dah merasa kehilangan”

“Kalau pasal anak ni.. hati boleh jadi tisu..”

“Tak boleh bayang kalau anak sendiri..”

Video yang tular di laman TikTok:

@omokgendut18allah…ingat dia diam buat ape..rupanya tgk video arwah ayah dia😌♬ bunyi asal – aishah sanusi🥰