“Kerana sebiji epal..” Gelandangan Ketuk Cermin Kereta Cari Makan, Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh Hati

Tidak semua insan dilahirkan di dunia ini hidup dalam keadaan serba mewah.

Iospital phone repair gombak

Oleh hal demikian kita sebagai manusia, haruslah saling bantu membantu dan memberikan pertolongan semampu yang mungkin untuk membantu mereka yang menghadapi kesusahan.

Walaupun mungkin hanya sedikit sahaja yang kita beri, akan tetapi percayalah ia ‘teramat besar’ kepada mereka tang memerlukan.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini mengenai seorang gelandangan yang begitu ceria setelah menerima sebiji epal daripada seorang lelaki telah membuatkan ramai tersentuh melihatnya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @hermanrawi itu, dia bersama dengan anaknya sedang berada di dalam sebuah kereta dan tersekat di dalam kesesakan jalan raya.

Dalam pada itu, muncul seorang gelandangan yang dikatakan telah mengetuk cermin setiap kereta di situ.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila Herman memberikan sebiji epal kepada gelandangan itu dan terus menitis air mata jantan kerana gelandangan tersebut tersenyum walaupun hanya dapat sebiji epal.

Dapat dilihat gelandangan itu sangat tersenyum mengamati epal yang diterimanya itu, lantas terus memakannya.

Mungkin epal itulah merupakan makanan pertamanya pada hari itu, dan mungkin juga ia satu-satunya makanan yang dapat disuap olehnya pada hari tersebut.

Herman yang berasa sebak terus menitiskan ait mata sambil menjawab persoalan yang diajukan anaknya itu.

“Siapakah lelaki itu?” soal anaknya.

“Hanyalah seorang lelaki yang ingin makan sahaja,” jelas beliau dengan tenang.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut meluahkan rasa sebak melihat momen tersebut.

Antara komen netizen:

“abang lain kali nk ngis, ngis je sesorg jgn ajak saya sekali yg mmg hati tisu ni”

“my mom taught me. “kakak if one day u having situation were u think u need to help others even u are lacking just do it..Allah will help u in rizki”

“saya nangis bila tengok pakcik tu duduk makan..😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭abg, terima kasih yaaa jadi org baik❤️..Moga murah rezeki abg satu family 🤲 aminn”

Video TikTok yang tular:

@hermanrawi

🥹 best day of my life

♬ original sound – Herman Rawi