“Kenapa Menantu Perempuan Je Kena Buat Semua Tu? Menantu Lelaki Tak Payah Buat Eh?”

Apabila memasuki alam perkahwinan, sering kita mendengar menantu perempuan kena pandai bawa diri dalam keluarga mertua.

Menantu perempuan kena pandai ambil hati ibu mertua, rajin membantu di dapur dan hormat keluarga ipar.

Tapi bagaimana pula dengan menantu lelaki? Mari kita ikuti perkongsia dari saudara Firdaus Syakirin tentang tanggungjawab seorang menantu.

_______________________

Kenapa asal menantu perempuan je, kena buat semua tu? Menantu lelaki tak payah buat eh?

“Bila dah jadi isteri org nnt, dh jd menantu, kena baik dgn mertua…kena ambik hati mertua…kena anggap dan buat mertua tu mcm ibubapa sendiri…”

Ini kebanyakan yg terjadi dlm masyarakat…satu statement atau kata2 yg hanya dilontarkan dan ditujukan kepada MENANTU PEREMPUAN.

Jika menantu perempuan tak buat semua ini, maka dia BUKAN MENANTU YG BAIK. Jadi, menantu lelaki terlepas dr buat semua ini?

Sebenarnya tak…bila kita berkahwin, bila kita bergelar menantu, dua2 perlu jadi baik terhadap keluarga mertua masing2.

Baik si lelaki mahupun si perempuan. Jika si suami nak isteri itu baik dgn ibubapanya, maka dia terlebih dahulu baik dgn ibubapa isteri.

Dia perlu menunjukkan sesuatu sebelum mendapatkan sesuatu.

Berapa byk suami yg selalu telefon ibubapa isteri? Berapa byk suami yg selalu bwk isteri balik berjumpa ibubapa isteri?

Berapa byk suami yang bermalam di rumah mertua LEBIH dari rumah ibubapanya sendiri?

Bila dia xbuat smua ni, dia tak salah. Tapi bila isteri dia xbuat smua ni, isteri dia salah dan isteri itu bukan menantu yg baik.

Ubah cara pemikiran dan persepsi terhadap MENANTU PEREMPUAN. MENANTU LELAKI juga ada tugas dan tanggungjawab yg perlu dibuat.

MENANTU LELAKI juga perlu baik dgn mertua, perlu ambik hati mertua, dan perlu anggap mertua itu mcm ibubapa sendiri.

Jgn hanya fokus kpd ANAK PEREMPUAN ORG LAIN utk menjadi menantu yg baik, tapi fokus juga kepada ANAK LELAKI SENDIRI utk dia menjadi menantu yg baik utk keluarga mertuanya.