Kena Marah Kerana Putuskan Kabel, Kucing Comel Ini Bawa Balik Anak Ular Sebagai Ganti.

Ramai pencinta haiwan yang memelihara kucing untuk dijadikan teman menemani mereka dirumah. Kini pelbagai jenis kucing dipelihara termasuklah kucing jalanan, kucing kampung dan kucing parsi yang cantik dan gebu.

Seringkali kita lihat ramai pencinta haiwan ini membawa kucing mereka bersiar-siar di taman. Ramai diantara pencinta kucing ini menjadikan kucing teman sejati mereka terutama bagi mereka yang tidak berkahwin.

Ramai juga diantara pencinta haiwan memelihara pelbagai jenis haiwan lain seperti anjing, kucing, ikan, burung, arnad dan sebagainya. Rata-rata lebih suka memelihara kucing yang agak mudah dan senang diurus.

Kucing juga merupakan haiwan peliharaan yang diminati kerana kucing antara haiwan yang manja dan jinak. Ini membuatkan ramai mula terpikat dengan sikap  manja kucing yang mendorong mereka memelihara haiwan comel ini.

Terkini, tular di laman sosial facebook seorang pencinta kucing menceritakan kisah yang mencuit hati mengenai kucing pelihraanya. Kucing itu dimarahi kerana memutuskan kabel earphone milik tuannya.

Menurut Haryanto Pherwhirra Ramadhani, dia bertindak untuk memarahi kucing kesayangannya sehingga haiwan itu keluar dari rumah setelah menggigit kabel berkenaan sehingga putus.

Lebih menggelikan hati, selepas kejadian itu kucing piliharaannya yang bernama smokey pulang ke rumah dengan membawa anak ular sebagai pengganti kabel berkenaan.

Ekoran dari perkongsiaan itu, kisah itu menjadi tular di serata laman media sosial di Indonesia sehingga mendapat liputan akhbar tempatan. Berita mengenai smokey yang bijak ini trending dan popular kerana smokey kucing yang bijak dan manja.