“Kehilangan paling sakit..” Terkenang Kedua-Dua Arwah Anak, Perkongsian DSV Undang Sebak Netizen

Kehilangan insan tersayang merupakan ujian dan dugaan paling berat yang menimpa seseorang atau sesebuah keluarga namun sebagai hamba, kita terpaksa akur dengan segala ketentuan yang sudah pun tertulis.

Iospital phone repair gombak

Mungkin ada yang tidak tahu, usahawan terkenal Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Binti Othman ini sebenarnya mempunyai empat orang anak selain Nur Edlynn Zamileen yang juga dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zecquan atau Kacak.

Pada tanggal 3 Ogos 2013, anak pertama Muhammad Eddie Zuhdie serta anak keduanya Muhammad Edrie Zikrie ini telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di kediaman rumah mereka di Meru Hill, Ipoh beberapa hari sebelum berlangsungnya sambutan hari raya Aidilfitri.

Terbaharu, Dato Seri Vida telah memuat naik sebuah perkongsian video bersama kedua-dua puterannya dan turut mengenang mereka yang sudah pergi meninggalkannya 7 tahun lalu.

Menerusi hantaran tersebut, memaparkan beberapa kompilasi foto Vida bersama cahaya matanya serta tangkap layar laporan berita tragedi berkenaan. Malah usahawan ini juga menyifatkan perkara ini merupakan detik paling menyakitkan sepanjang kehidupannya.

“Tujuh tahun berlalu, kehilangan terpaling paling sakit pernah saya lalui sepanjang hayat saya. Al-Fatihah buat kedua putera saya Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan turut menitipkan doa kepada arwah anak Dato Seri Vida.

Bukan itu sahaja, ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat usahwan ini agar sentiasa kuat dan bakal dipertemukan dengan mereka di syurga.

Antara komen warga maya:

“YA ALLAH…besar dugaan Dato. Masa berita ni keluar…hati saya pon bagai dihiris2 walau saya tak pernah kenal anak2 ni. Semoga ALLAH akan mempertemukan Dato dgn anakanda Dato di jannah…amin”


“Ini kira abang-abang kacak la ye.. saya ingt lagi berita ni tapi masa ni tak kenal lagi siapa founder yg dimaksudkan.. insyallah syurga buat mereka..between cantik DSV masa ni..”

“Tak tahu macam mana perasaan dato kehilangan dua anak tercinta..”

“4 beradik muka sama semua..semoga dipertemukan dato dengan anak-anak di syurga amin..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)