Akui Tak Mudah Menangis, Azrel Ismail Terpaksa Titiskan Minyak Angin Untuk Lakonkan Watak

Menjadi seorang pelakon bukanlah satu perkara yang mudah. Selain perlu komited dalam menjayakan sesebuah drama mahupun filem, pelakon juga perlu berhadapan dengan beberapa ‘scene’ yang dikatakan sukar untuk dilakonkan.

 

Iospital phone repair gombak

Sama juga kisahnya dengan seorang pelakon dan model Malaysia Azrel Ismail yang cukup dikenali kerana dikatakan memiliki wajah seiras dengan selebriti terkenal Remy Ishak.

Selain itu, bakatnya juga digilap daripada pertandingan Lelaki Maskulin sekitar tahun 2009. Antara drama popular yang dibintangi olehnya adalah Cetera Hati Diya, Pulang, Syurga Nur, Menantu Ting Tong dan lain-lain lagi.


Memetik sumber, Azrel Ismail mendedahkan bahawa terpaksa menggunakan kaedah sendiri untuk menangis iaitu menyapu minyak angin di bahagian mata ketika melakonkan watak sebagai seorang bapa tunggal menerusi filem Biko.

Bukan itu sahaja, watak yang dipegang dalam filem tersebut sememangnya bukan perkara yang mudah kerana dia menyifatkan seorang yang tidak mudah mengeluarkan air mata namun itu bukanlah satu alasan buat dirinya.

“Terdapat babak yang saya tak dapat mengeluarkan air mata sampai saya terpaksa menitiskan minyak angin demi mengeluarkan air mata. Ada satu masa itu saya tertitis lebih minyak angin di bahagian mata sehingga rasa panas dan pedih. Akibatnya mata saya tak boleh dibuka kerana pedih. Penggambaran pun terpaksa dihentikan” katanya.


Menurut pelakon in lagi, sepanjang karier lakonanya dia pernah sahaja melakonkan babak menangis tetapi filem Biko ini merupakan cabaran yang hebat kerana banyak bermain dengan emosi.

“Sebelum ini ada juga saya melakonkan babak menangis di dalam drama tetapi bergantung kepada skrip juga. Apa yang saya boleh katakan, filem Biko memang banyak bermain emosi dan disebabkan itu ada masanya saya memerlukan cara lain untuk mengeluarkan air mata,” jelasnya.

Sekadar info, filem Biko ini mengisahkan tentang seorang bapa tunggal yang mengimpikan kehidupan selesa buat anaknya Biko. Namun impian tersebut berubah apabila muncul seorang wanita yang mempunyai kaitan dengan kisah silam bapanya sehingga mencetuskan pelbagai konflik dalam hidup mereka.

Filem ini juga bakal ditayangan di pawagam pawagam bermula 13 Oktober ini.