Siap ‘Belanja’ Sambal Nyet Untuk Warga Malaysia Di London, Percutian Khairul Aming Buat Netizen Teruja

Terdahulu, seorang influencer terkenal Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman telah menjadi bualan hangat warganet di platform media sosial susulan kontroversi pembantu peribadinya dan isu pembungkusan produk yang dikritik. Namun caranya mengendalikan masalah-masalah tersebut sangat profesional malah turut dipuji ramai.

Iospital phone repair gombak

Terbaharu, anak kelahiran Kelantan ini telah memuat naik momen-momen perjalananya yang sedang bercuti di Kota London dan turut mencuri tumpuan netizen.

Menerusi Instagram Stories tersebut, Khairul Aming memaparkan beberapa tempat tumpuan ramai di negara itu termasuklah ‘Carden Market’ dimana orang ramai boleh menikmati dan mendapatkan makanan seperti penkek, wafel, samosa, makanan korea dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun, ketika sedang berjalan-jalan dia juga merakamkan detik-detik dimana terserempak dengan beberapa rakyat Malaysia yang turut melancong ke London.


Dalama pada itu, Khairul Aming dilihat telah memberikan sebotol Sambal Nyet secara percuma ketika bertemu satu keluarga dari Malaysia yang sedang makan. Mereka juga menyambut baik perkara tersebut dan teruja dapat bertemu dengannya malah sempat bergambar serta beramah mesra.

Bukan itu sahaja, Khairul Aming turut berkongsikan foto dimana telah bertemu dengan komposer dan pernebit terkenal, AG Coco serta keluarganya. Mereka juga menikmati makan malam bersama.

 



Perkongsian Khairul Aming itu telah menerima pujian warga Twitter kerana merasakan seolah-olah tengah berjalan-jalan di negara tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa teruja dengan percutian Khairul Aming . Malah ada yang turut berterima kasih kepada influencer tersebut kerana sanggup membuat ‘live’ untuk menunjukkan hari-harinya di London.

Antara komen warga maya:

Tekan di sini untuk melihat video tersebut.