“Kedai Pau pun kena SST,” Najib Razak Terkejut

Cukai SST nampaknya memberi impak kepada rakyat Malaysia pada awal pelaksanaannya. Contohnya isu topup prepaid dikenakan SST sebelum ini.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang ganjil kerana ianya pernah berlaku semasa cukai GST mula-mula diperkenalkan dulu. Sudah tentu pihak kerajaan perlukan masa untuk melaraskan kaedah pelaksanaan cukai SST ini sebelum ianya boleh diterima oleh pengguna dan peniaga.

Terbaru, bekas Perdana Menteri Najib Razak meluahkan rasa ‘tidak puas hati’ selepas kuih pau yang dibelinya dikenakan cukai SST.

Di dalam posting beliau di akaun Twitter miliknya, Najib Razak mendakwa SST dikenakan ketika beliau membeli kuih tersebut di sebuah restoran terkenal di Tanjung Malim pada hari Ahad lepas.

“Berhenti di kedai Pau Yik Mun, Tg (Tanjung) Malim untuk membeli pau. Jelas SST dikenakan walaupun kedai ini sederhana kecil!”

“Kedai Pau pun kena SST,”

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas tweet Najib Razak itu seorang netizen yang dipercayai tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut membalas tweet Najib.

Adrian Lim Chee En memuat naik bukti pembayaran bagi pembelian pau di restoran tersebut ketika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan.

“Najib jangan buat-buat terkejut! Rupa-rupanya kedai pau Yik Mun Tg Malim yg dikatakan sederhana-kecil ini dikenakan GST sejak zaman dia PM. LOL.”

Ramai netizen yang memberi respons terhadap tweet tersebut. Ada yang mendakwa walaupun kedai tersebut kecil tetapi cawangannya yang besar memberikan hasil pendapatan yang sangat lumayan.

Setakat ini masih tiada respons dari bekas PM kesayangan rakyat tentang isu ini.