Kecoh Lelaki Tangkap Belut Terlepas, Tapi Jeritan Yang Lain Pula Jadi Perhatian

Tidak dinafikan, apabila berlaku situasi mencemaskan, pasti lelaki dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sama juga dengan situasi yang lucu ini dimana lelaki ini dipanggil untuk menjadi ‘hero’ apabila belut kelihatan terlepas di dalam rumahnya ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @sadboy.haukk, kelihatan lelaki ini bertungkus lumus di dapur menangkap belut yang terlepas.

Namun apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah suara wanita yang menjerit seolah-olah harimau yang terlepas.

Dalam pada keriuhan bunyi suara wanita-wanita tersebut, namun lelaki ini tetap steady dan tenang semasa misi menangkap belut di dapur dilakukan.

Lelaki itu kemudian berjaya meletakkan belut itu ke dalam baldi sebelum yang lain turut bersorak melihatnya.

Melihatkan suasana riuh ini, netizen turut berseloroh mereka juga turut berasa gelabah dan cuak seolah-olah turut berada di sana. Dalam masa yang sama, netizen turut memuji reaksi tenang dari lelaki itu dalam mengawal situasi tersebut.

Video yang tular :

@sadboy.haukkYang masalah bukan belut tu, tapi .. ##fypシ ##banjir2021♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 182.6K tontonan, 17.2K tanda suka, 291 komen dan 156 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netize terhibur dengan gelagat wanita yang menjerit dek kerana seekor belut terlepas.

Dalam masa yang sama, ada juga yang terdiri daripada para netizen turut merasai ‘gelabah’ yang mereka rasakan ketika menangkap belut tersebut.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Yang berani diam je. Yang lain apa pun tadak.”

“Tabahlah sorang je lelaki kan.”

“Hahahaha kecoh satu rumah.”

“Belut tu pun habis riuh serumah.”