Kantoi Pecah Tabung Masjid, Jemaah ‘Insafkan’ Pencuri Dengan Memandikannya Seperti Jenazah

Selain kes curi selipar di masjid, Kes pecah atau curi tabung masjid juga bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam kehidupan seharian.

Aktiviti tidak berakhlak ini nyata menyusahkan banyak pihak. Manakan tidak, wang yang disedekahkan orang ramai ke dalam tabung masjid yang sepatutnya digunakan untuk baik pulih masjid akhirnya ‘lesap’ dicuri individu yang tidak betanggungjawab sekaligus tidak mempunyai hati perut.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seoarang pencuri tabung masjid berjaya dicekup oleh orang ramai mencuri perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @jllmisai, dapat kita lihat pihak jemaah mempunyai cara tersendiri untuk ‘menginsafkan’ pemuda tersebut agar tidak mengulangi lagi kesilapannya.

Lelaki tersebut kelihatan dibaringkan dan dilumur tubuhnya dengan kapur barus serta seorang jemaah lagi menutupkan mukanya dengan kain.

Dalam keadaan panik, lelaki berkenaan terlihat cuba bangun dan melarikan diri namun imam yang berada di situ menyiramnya dengan air.

Video yang tular di laman Twitter:

Bagaimana pun, Video yang berdurasi 25 saat itu telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai reaksi diterima di ruangan komen.

Ada yang menyokong tindakan tersebut namun ada juga mempertikaikan mengapa tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa memandangkan perlakuan lelaki itu adalah satu jenayah.

“itulah manusia berdarah muda, kalau pencuri tak kena tangkap sembang dundang minta ditangkap. Ni dah dtangkap sembang pukpang kesiankan pencuri, Semua nak indah, baik kau masuk alam bunian”

“Bila akal letak dekat lutut macam ni jadinya, mamat tu curi ujian untik kita macam mana nak handle”

Islam tak ajar cara kekerasan


Lagi bagus dari kena belasah sampai mati

Mungkin imam geram sebab tabung masjid selalu kena rembat

Biar budak tu rasa, dari lunyai kena dengan orang awam

Bagaimana pun, setakat ini lokasi kejadian masih tidak ketahui dan belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak.