Kanak-kanak Perempuan Tiba-tiba Meluru Ke Arah Myvi, Pemandu Pula Dipersalahkan

Sejak kebelakangan ini banyak kejadian kemalangan jalan raya dapat kita lihat tersebar di seluruh media sosial tanpa mengira jenis kenderaan.

Tak kurang juga jumlah bilangan kemalangan yang melibatkan kanak-kanak sedang melintas. Kejadian sedemikian tidak asing lagi buat masyarakat kita namun masih ramai ibu bapa di luar sana lalai dan membiarkan anak-anak berkeliaran di atas laluan kenderaan.

Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan dilihat tiba-tiba meluru ke jalan secara tidak langsung menyebabkan Myvi berwarna biru yang lalu di situ terlanggar kanak-kanak tersebut.

Kejadian yang sempat dirakam menggunakan dash cam oleh seorang pengguna TikTok bernama @ibumu_bidara  dimuat naik ke laman TikTok agar boleh dijadikan pengajaran buat orang ramai di luar sana.

Walau bagaimanapun, wanita ini akui amat terkejut ketika menyaksikan kejadian ngeri tersebut. Mujur kanak-kanak yang tertiarap di atas jalan itu tidak mengalami kecedaraan serius, cuma luka akibat tersagat di atas tar dan sempat diselamatkan oleh ahli keluarganya.

Namun, meskipun jelas pemandu Myvi itu tidak bersalah, dia tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki memakai baju berwarna hitam seolah-olah menyalahkannya kerana cuai padahal kenderaan dipandu tidaklah laju dan jelas bukan salahnya tetapi kanak-kanak tersebut.

@ibumu_bidara Allahu.. ibumu selalu doa jgn la nampak eksiden dpn mata.. tp harini 🥺 #fyp #fypシ #eksiden ♬ Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah

Demi mengelakkan situasi menjadi tegang, wanita ini muncul memberi keterangan. Malah pemandu Myvi itu juga sempat mengambil nombornya untuk meminta rakaman dash cam sebagai bahan bukti.

Dalam pada itu, wanita ini turut hairan mengapa rawatan lanjut tidak diberikan kepada kanak-kanak perempuan itu malah keluarganya melengah-lengahkan masa ketika itu.

@ibumu_bidara Replying to @Ziehaa ♬ original sound – ibumu_bidara

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh ibumu_bidara telah mencecah jumlah tontonan sebanyak 3 juta serta menerima 102.8 ribu tanda suka!

Melihat ke ruangan komen rata-ratanya geram melihat tindakan lelaki berbaju hitam itu kerana tak semena-mena memarahi pemandu Myvi yang tidak bersalah.

Selain itu, netizen turut berharap agar ibu bapa di luar sana lebih berhati-hati apabila keluar bersama anak-anak kecil supaya kemalangan sebegini dapat dielakkan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“kalau sye jadi akak. sye turun ckp budak tu yg salah .”

“Tak laju mnaa punn,, budak tu yg langgar myvi🥺🥺 harapp dua2 selamat”


“yg baju hitam tu nak marah ke owner myvi tu kenapa… 😁”

Video yang tular di laman TikTok

@ibumu_bidara Replying to @AniAhmad ♬ Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah