“Kami masih dalam Selangor, tak rentas dua negeri” Bella Dally Kata Tak Langgar PKPB

Model dan pelakon Bella Dally mengaku dia dan beberapa rakannya melakukan aktiviti berbasikal berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua berdekatan sempadan negeri Selangor dan Pahang pada Ahad lalu.

Walaubagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 29, menjelaskan mereka berbasikal dalam kawasan Selangor dan tidak mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa di negeri itu termasuk Putrajaya dan Wilayah Persekutuan seperti didakwa.

Dakwaan saya mengingkari PKPB

 

View this post on Instagram

 

Such an awesome and enjoyable 75km Sunday ride. You did me good today, Chameleon! . . . 📸 @atikashburn

A post shared by ⭐️ B e l l a D a l l y ⭐️ (@belladally) on

Saya telah selesai memberi keterangan dan kerjasama kepada pihak polis

“Saya mengambil maklum laporan media termasuk yang tular di media sosial berkaitan dakwaan saya mengingkari PKPB yang sedang berkuatkuasa di Selangor ketika ini”.

“Untuk maklumat, saya telah selesai memberi keterangan dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.”

Bella berkata, kesilapan pada kapsyen yang dimuat naik bersama foto berbasikal di Instagram telah menimbulkan kekeliruan seolah-olah dia dan rakan-rakannya melanggar PKPB yang dilaksanakan.

 

View this post on Instagram

 

Bila takde bukit, pandai rindu. 🤪

A post shared by ⭐️ B e l l a D a l l y ⭐️ (@belladally) on

Kapsyen saya di Instagram telah menimbulkan keraguan 

“Apa yang berlaku Ahad lalu saya dan seorang rakan melakukan aktiviti riadah berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan antara negeri Selangor dan Pahang”.

“Satu gambar telah dimuat naik ke Instagram saya dengan kapsyen ‘Woohoo Genting Sempah with…’ dan ia telah menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya telah merentasi antara dua negeri dan melanggar PKPB”.

 

View this post on Instagram

 

Endorphins – ✅

A post shared by ⭐️ B e l l a D a l l y ⭐️ (@belladally) on

Kami masih tidak merentasi sempadan antara dua negeri

“Saya ambil maklum kekeliruan yang berlaku namun perlu saya jelaskan kami masih berada dalam negeri Selangor dan tidak merentasi sempadan antara dua negeri.

“Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan” katanya.

Ditahan untuk membantu siasatan 

Difahamkan, pelakon drama Adellea Sophia ini berkata demikian dalam satu kenyataan pada Rabu bagi menjelaskan laporan dia ditahan bagi membantu siasatan atas tindakannya mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong di Pahang pada Ahad lalu.

Jelas Bella lagi, dia sudah memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada Selasa dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

 

View this post on Instagram

 

Sending smiles your way 🌸

A post shared by ⭐️ B e l l a D a l l y ⭐️ (@belladally) on

Saya memohon maaf atas kekeliruan yang timbul

Menerusi laporan sebuah portal, Bella ditahan selepas memuat naik satu perkongsian foto memaparkan dia bersama rakannya sedang berbasikal.

Menerusi laman Instagram, Bella turut memohon maaf dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

“Apapun saya mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran daripada posting di Instagram saya tempoh hari,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ⭐️ B e l l a D a l l y ⭐️ (@belladally) on

Semoga kita sama-sama mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan bekerjasama bagi memutuskan rantaian Covid-19 di negara kita.