“Jangan buat trend sudah..” Kongsi Foto Berpurdah, Izreen Azminda Jawab Komen Netizen

Pelakon Izreen Azminda telah berkongsi di laman Instagram miliknya sekeping foto yang mencuri perhatian ramai apabila tampil mengenakan jubah dan memakai purdah.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu juga diilihat menitipkan nasihat dan kata-kata islamik di ruangan kapsyen muatnaik berkenaan.

“Sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya hanya pada dunia.. Pasti Allah akan selerakkan urusannya..

“Menjadikan kehidupannya kelam kabut serta menjadikan kefakiran berada dihadapannya…

“Dia tidak akan memperolehi suatupun dari dunia melainkan apa yg dicatat untuknya..

“Manakala sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya utk mendapat akhirat.. Allah akan memperteguhkan keinginannya itu..

“Menjaga urusan hidupnya dan menjadikan kekayaan dihatinya.. DAN DUNIA AKAN DATANG KEPADANYA DENGAN TUNDUK DAN TERPAKSA”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda) on

Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, perkongsian tersebut bukanlah untuk menunjukkan dirinya baik tetapi hanya meminjam kata-kata daripada selebriti, Neelofa yang membuatkan hatinya tersentuh.

“Ayat ni kami amik dari @neelofa sbb bila kami baca hati kami tersentuh.. Semoga kami dan ampa2 semua berada dilandasanNya..

“Jgn pernah berhenti berdoa.. Post mcm ni tak menunjukkan kami baik tp kami sentiasa berusaha utk berubah kearah dan jalan yg diredhaiNya.. Insyallah”

Rata-rata peminat aktress berkenaan dilihat meninggalkan komen mendoakan agar Izreen terus istiqamah dalam berpenampilan menutup aurat.

Namun begitu ada juga yang mengingatkannya agar jangan menjadikannya sebagai satu trend.

“Jangan buat sebagai trend sudah okay, Semoga istiqamah.”

Izreen menjawab komen netizen tersebut dengan menjelaskan bahawa dia masih belum berpurdah, namun hanya ingin berkongsi betapa selesanya pakaian itu.

“InsyaAllah, saya belum berpurdah tapi nak kongsi betapa selesanya pakaian ini. Mana tahu ada yang berminat dan terus pakai.”