“Kami bukan Marshal, jadi kena berhenti di lampu isyarat,” – Polis Daerah Kemaman

Beberapa hari lepas, tular sebuah video berkaitan marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong.

Bagaimana pun, dalam masa kurang 48 jam, pihak berkuasa berjaya menahan dua orang pemuda berusia 26 dan 27 tahun itu masing-masing bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang telah ditahan pada pukul 12.30 tengah malam dan 2.45 pagi tadi di rumah mereka di kawasan Port Dickson dan Springhill, Lukut.

Bukan itu sahaja, pihak polis turut merampas beberapa barangan yang digunakan untuk mereka menjalankan tugas ‘marshal’ semasa konvoi tersebut berlangsung.

Terbaru, pihak Polis ibu Pejabat Daerah Kemaman memuat naik satu gambar mengundang dekah warga netizen.

“Kami bukan marshal, jadi kena berhentilah di lampu isyarat. Jangan marah abang marshal, gurau,” kapsyen nya yang ringkas namun isi yang penuh padat membuatkan netizen terhibur

Manakan tidak, isu abang ‘marshal’ belum lagi reda, dah timbul gambar lain! kikiki

Difahamkan, Gambar tersebut diambil ketika Ketua Polis Daerah bersama Timb. Ketua Polis Daerah Kemaman bersama Ketua-ketua Bahagian serta Ketua Polis Balai semasa menjalankan rondaan di kawasan ‘Jihad Dadah’.

Hal ini kerana, mereka ingin memupuk kesedaran kepada penduduk setempat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dikalangan masyarakat.

Mengulas lanjut, ‘OP KEPALA BATU’ akan di jalankan kerana ramai yang kurang mempunyai kesedaran tentang penggunaan topi keledar. Inisiatif ini dilakukan untuk mendidik kepentingan penggunaan topi keledar semasa menunggang motosikal walaupun menunggang motosikal di kawasan berdekatan.

“Ramai yang kurang kesedaran penggunaan HELMET….. Kepalanya agak keras di situ. OP KEPALA BATU akan di jalankan untuk mendidik keperluan penggunaan HELMET…” katanya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh tentang isu abang marshal.

“Abam Marshal marah? Lemahhhhh” – Netizen

Tidak terhenti disitu, ada juga netizen yang menyifatkan perlian yang dilakukan menusuk jauh ke dalam hati! tepat, padat dan pedih! kikiki

“hahaha baik punya perli”


“maaf tuan.. cc motor dan harga motor tuan tidak layak langgar lampu merah.. hahahaha”

“tetap berhenti di lampu merah jika tiada keperluan yang mendesak”

“mana mana macel rancak berdosaaa”