Kebelakangan ini selalu kita lihat penjual-penjual jeruk berkeliaran di tepi jalan. Caranya amat mudah, mereka berjalan menghampiri kereta semasa lampu isyarat bertukar merah dan beredar selepas lampu isyarat bertukar hijau.

Walaupun sudah ditegaskan oleh pihak kerajaan, namun penjual-penjual ini masih berdegil mencari rezeki dengan cara itu.

Hal ini bukan sahaja membahayakan diri mereka tetapi nyawa pengguna jalanraya yang lain juga.

Tular apabila seorang pengguna jalanraya berkongsi rakaman ‘dashcam’ miliknya tentang seorang pemandu kereta jenama negara, Proton Waja secara tiba-tiba memberhentikan keretanya semata-mata untuk membeli jeruk mangga daripada peniaga jalanan ini!

Tindakan tidak wajar oleh pemandu Waja itu telah menyebabkan dua buah kereta yang lain mengalami kemalangan akibat terpaksa menunggunya menyelesaikan urusan jual-belinya yang mustahak itu.

Yang lebih menaikkan darah orang ramai adalah apabila dia meninggalkan tempat kejadian seolah-olah dia tidak menyumbang kesusahan kepada pengguna jalanraya yang lain. Dia bertindak seperti tiada apa yang berlaku di situ padahal dialah punca kemalangan.

Orang ramai yang melihat perkongsian di Facebook itu meminta pemilik ‘dashcam’ tersebut agar menyerahkannya kepada pihak berkuasa sebagai bahan bukti atas perbuatan tidak bertanggungjawab kereta Waja tersebut.

Warganet juga memberi pandangan seperti peniaga-peniaga jeruk di tepi jalan ini harus dihapuskan dan dikenakan tindakan tegas kerana risiko untuk pengguna-pengguna jalanraya terlibat dalam kemalangan amat tinggi.

Hal ini juga demi mengurangkan kes kemalangan yang tidak diingini.

Video tular di laman Facebook:

Antara komen-komen yang diberi oleh warganet.

“Bodoh..lps tu org langgar blkg dia, org yg langgar tu pulak yg salah. Zaman dh makin maju, org bodoh mcm ni masih wujud lg”

“Pemandu bodoh.yg tukang jual tu pikir la sikit kslamatan org lain..jgn tau nk duit je.bole je ko suruh org tu brenti tepi jalan”

“Dulu bila penguatkuasa nak ambil tindakan kat peniaga traffic light utk kawal kegiatan tu, korang meroyan.. tuduh dia xder simpati x memahami, kejam.. sekarang dah start naik kepala sampai jadi kes bodoh macam ni korang marah peniaga & pemandu.. benda salah kalau dibiasakan memang akan makan diri.. tak harini, esok lusa.. tak kita, orang lain kena.. semoga driver kena tindakan & peniaga insaf sbb jadi punca kes”