“Kalau tak, jadi santapan biawak lah” Oyen Terjatuh Dalam Longkang Besar, Cara Lelaki Ini Selamatkan Kucing Raih Pujian Netizen

Menjadi orang yang baik bukanlah satu pilihan namun kita perlu menjadi baik kerana menjadi jahat adalah satu perkara yang salah dan ditentang.

Tidak kira lah agama apa sekali pun, kita diajar untuk berbuat baik dengan binatang dan membantu menyelamatkan mereka jika berada dalam bahaya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda membantu seekor kucing yang terjatuh ke dalam longkang yang besar mencuri perhatian ramai.

Macam yang kita tahu, oyen memang terkenal dengan sifat nakalnya. Ada sahaja gelagat ‘luar kotak’ nya dan terkadang membuatkan kita hairan bagaimana ia boleh berlaku.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @itsme.sammy, kelihatan si bulus itu berada di dalam ketakutan kerana terjatuh ke dalam longkang besar.

Difahamkan kucing tersebut mengiau daripada pukul 7 pagi sehingga tengah hari.

Dapat kita lihat lelaki tersebut membantu mengambil oyen dengan menggunakan sebuah kotak ais kabus yang diikat dengan tali.

Apa yang lebih menarik adalah kucing tersebut seolah-olah faham dengan ‘cara’ menyelamat yang dilakukan oleh lelaki tersebut malah si bulus itu tidak mengambil masa yang lama untuk masuk ke dalam kotak.

“Nasib kau lah oyen.. Nasib baik dengar kalau tak jadi santapan biawak lah dekat bawah tu” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap lelaki tersebut yang gigih membantu kucing yang terjatuh ke dalam longkang.

Bukan itu sahaja, malah ada juga netizen yang memuji kucing tersebut kerana ‘bijak’ dan seolah-olah faham dengan cara menyelamat yang dilakukan oleh lelaki itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@itsme.sxmmy Nasib kau lah oyen 😢 Nasib baik dengar kalau tak jadi santapan biawak lah dekat bawah tu #oyen #oyenkingfyp #fyp #oyennakal #fypシ #pencintakucing ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

 

Antara komen warga maya:

“brilliant betul penyelamat kucing ni..terima kasih orang baik..”

“cute abang tolong oyen tu, sian tengok dia..”


“terima kasih selamatkan meaw, cerdik betul meaw tu..”