“Kalau nampak ‘benda’ ni kat hutan, cepat-cepat report polis & jangan sentuh,”

Jika memasuki hutan, terdapat beberapa perkara asas yang perlu diketahui agar dapat mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Antaranya seperti perkongsian oleh seorang lelaki di Twitter mengenai objek berbentuk bulat yang dilarang sama-sekali untuk disentuh. Malah, anda juga dikehendaki membuat laporan polis sekiranya objek ini dijumpai di hutan. Difahamkan, objek tersebut merupakan bom babi [...]

Kalau memasuki kawasan hutan, terdapat beberapa perkara asas yang perlu diketahui agar dapat mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

Salah satunya seperti perkongsian oleh seorang lelaki di Twitter mengenai objek berbentuk bulat yang dilarang sama-sekali untuk disentuh.

Bahkan, anda juga dikehendaki membuat laporan polis sekiranya objek ini dijumpai di hutan.

Menurutnya, objek tersebut merupakan bom babi yang digunakan oleh pemburu haram untuk menarik haiwan liar sebagai umpan makanan.

Bom itu akan meletop dan membunuuh haiwan berkenaan dan kaedah haram ini sering digunakan untuk memburu babi hutan.

Please jangan sentuh atau gerakkan

PSA: kalau nampak benda ni dekat hutan, cepat-cepatlah report dekat polis & please jangan sentuh atau gerakkan.

Ini bom babi namanya. it tricks wild animals into thinking it’s food & it will explode, killing them. poachers often use this illegal method to harvest wild boars.

Meletop kalau gigit atau terpijak kuat