“Kalau macam ni aku sanggup turun jam 10 pagi balik jam 6 petang” Lain Daripada Yang Lain, Netizen Teruja Gadis Kongsi Suasana Kenduri Pasar Malam Di Kampung

Kenduri kahwin sekarang tak macam dulu. Tuan rumah semakin kreatif apabila bercakap tentang makanan yang bakal dihidangkan kepada tetamu.

Iospital phone repair gombak

Pernah dulu kita lihat lori Milo dan Tealive dijemput ke rumah majlis perkahwinan. Memang untung siapa yang jadi tetamu raja sehari berkenaan.

Bagaimanapun, tular baru-baru ini di TikTok tentang kenduri yang unik, membuatkan netizen juga teringin ke kenduri seperti itu!

Menerusi video yang dikongsikan oleh Aini, dia telah dijemput ke majlis perkahwinan di Kedah.

Namun, apa yang mengejutkan gadis itu apabila kenduri yang dikunjunginya tidak seperti kenduri.

Malah, dapat dilihat tuan rumah tersebut langsung tidak menggunakan servis katering tetapi menggunakan konsep pasar malam!

Susulan itu, ramai peniaga yang menjamukan pelbagai hidangan yang menyelerakan seperti kuih-muih, air balang dan macam-macam lagi.

Lebih menarik, semua makanan di situ adalah percuma. Oleh itu, tetamu cuma perlu pilih menu yang digemari mereka.

Video turut memaparkan majlis tersebut amat meriah dengan tetamu yang ke sana ke sini mencari makanan yang disukai.

Rupa-rupanya, menurut ibu saudara kepada tuan rumah ini, kesemua makanan itu ditaja daripada orang-orang kampung disitu.

Sejak video ini dimuat naik beberapa minggu lalu, ia telah mencecah jumlah tontonan sehingga 230.7 ribu serta meraih 13.2 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, netizen teruja melihat ‘fenomena’ berkenaan memandangkan ianya pertama kali dibuat orang.

Pun begitu, mereka memuji sifat pemurah tuan rumah yang sanggup mengeluarkan modal besar demi menjamu tetamu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“teringin majlis kahwin saya nnti nak mcm ni. tapi modal pun boleh tahan. moga ada rezeki satu hari nnti 🥰”

“actually buat majlis kenduri mcm ni makan modal lg besar dari katering.😂 moga murah rezeki tuan rumah buat majlis mcm ni Aamiin”

“bahgianya klu dpt mkn kndri cmni,😂”

“lg best mcm ni daripada hbs bajet buat kat hotel”

“bnyk menu mcm ni sellunya adik beradik sponser kot belah kedah bnyk mcm ni”

Video yang tular di laman TikTok

@aini_naz Bukan semua tempat ada kenduri meriah macam ni. #kendurikahwinmelayu #kedahdarulaman ♬ zapin melayu – αLαɳ tMg

@aini_nazPilih ja guys.♬ suara asli – 🎧Suke Dhana🎧