[VIDEO] “Ibu nekad tak mahu..” Kakak Baru Umur 12 Tahun Terpaksa Jaga 5 Adik

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak ini.

Walaupun baru berusia 12 tahun, dia terpaksa menjaga lima adik-beradiknya yang lain tanpa bimbingan kedua ibu bapanya.

Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Dielah Midi, perkongsian mengenai adik Mimi telah mencuri tumpuan ramai dan netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa enam beradik ini.

Baru berusia 12 tahun terpaksa jadi ibu bapa segera jaga 5 adik

Disaat rakan-rakan lain sedang membuat persiapan ke sekolah dan sibuk bermain, anak kecil ini terpaksa menggalas beban berat dibahunya menjaga 5 orang adiknya.

Menurut Dielah Mimi, dia menceritakan ketabahan anak sulung keluarga itu yang dikenali sebagai Mimi, yang berusia 12 tahun.

Kehidupan adik Mimi berubah sekelip mata apabila terpaksa menjadi ibu bapa ‘segera’ buat adik-adiknya.

Ayah ditahan kerana miliki barangan terlarang

Difahamkan, keenam-enam adik beradik ini telah diserahkan oleh ibunya, kepada nenek mereka kerana suaminya telah ditangkap atas sebab memiliki barangan terlarang.

“3 hari lepas ayah pada anak2 ni kena tahan miliki barang terlarang. Ibu anak-anak ini jadi tak keruan bawak anak-anak ini ke rumah mertua kata nya tak nak anak anak.”

6 beradik itu tinggal dengan nenek

“Sekarang anak-anak ini di rumah nenek yang mana nenek pun susah jugak. Sekarang adik mimi yang jaga adik-adiknya.”

“Bertabah lah adik mimi, berat ujian yang menimpal 6 beradik ni. Baru berusia 12 tahun memikul tanggujawab yang berat menjaga 5 adik2 yang lain.”

Apa yang lebih meruntun hati, apabila si ibu sudah bertekad untuk tidak lagi berjumpa dengan anak-anaknya berikutan mengalami masalah kewangan di samping masalah kemurungan.

Ibu nekad tidak mahu kesemua 6 anaknya

“Ibunya meyerah keenam-enam anaknya kepada mertuanya setelah suaminya di tangkap polis kerana memiliki barangan terlarang.”

“Si ibu pulang dah bertekad  tidak mahu lagi kesemua anak-anaknya kerana kesempitan hidup dan masalah kemurungan yang menimpal dirinya.”

Kakak sulung berusia 12 tahun sanggup korbankan persekolahannya

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menyedihkan, apabila kakak sulung ini sanggup berkorban masa depannya dengan tidak pergi ke sekolah demi menjaga adik-adiknya di rumah.

“Anak sulung ini, adik mimi berusia 12tahun yang menjaga kelima-lima adiknya yang berusia 10 tahun, 7 tahun, 6 tahun, 2 tahun dan juga seorang bayi 5bulan.”

“Ketika kunjungan ke rumah nenek mimi, kami sempat berbincang mengenai persekolahan adik mimi.”

Laju air mata mimi bila terpaksa tangguh persekolahan

“Laju air mata mimi keluar dia kata mungkin tahun ni dia terpaksa tangguhkan dahulu persekolahannya.”

“Ini disebabkan kelima adik-adiknya yang lain tiada sesiapa yang akan menjaga mereka”.

@dielahmidiya Allah kau permudahkan urusan 6 anak2 ini..anak2 tanpa ibu dan bapa..ibu mereka mgalami masalh mental🥺🥺♬ original sound – LAL💋💋

Perlu jaga adik-adik sebab nenek masih bekerja

“Malah, neneknya juga masih bekerja mengisi garam di kawasan berdekatan rumahnya. Semoga dipermudahkan segala urusan adik mimi dan adik-adiknya.”

Diharap lebih ramai individu tampil membantu keluarga adik mimi dan semoga adik kecil ini tabah menjalani kehidupannya.