Ramai para isteri yang sebenarnya merasa rendah diri dek kerana fizikal tubuh badan yang gemuk.

Apalagi jika isteri sudah beberapa kali bersalin pasti bentuk badan berubah terus berbanding semasa anak dara.

Tidak sekadar hilang keyakinan diri ada juga yang stres dengan masalah berat badan kerana bimbang penerimaan suami yang tentunya mengidamkan isteri yang cantik dan langsing.

 

Tapi selepas membaca kajian terbaru ini anda mungkin lebih redha dengan bentuk badan terkini.

Wanita gemuk buat suami 10 kali ganda lebih bahagia, demikian fakta yang diungkap hasil kajian terbaru.

Memetik laporan Daily Times penemuan ini adalah hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Filemón Alvarado dan Dr. Edgardo Morales dari Departemen Psikologi Universidad Nacional Autónoma de México (UNAM), Mexico.

Menurut kajian tersebut, lelaki yang berkahwin dengan wanita gemuk lebih ceria, mudah senyum dan lebih baik dalam menghadapi masalah berbanding dengan lelaki yang menjalinkan hubungan dengan wanita kurus.

“Wanita kurus selalunya kurang ramah dan kurang ekspresif dengan emosi mereka. Sedangkan wanita gemuk lebih yakin pada diri mereka sendiri, ujar pengkaji.

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa wanita gemuk juga mampu menangani keperluan pasangannya dengan lebih baik.

Kesimpulannya, para isteri seharusnya tak perlu merasa risau dengan keadaan fizikal asalkan masih sihat dan tidak mengganggu tugas seharian.

Suami yang baik pasti akan setia walau apa pun kekurangan yang ada pada diri kita.


Sumber: Vanilla Kismis

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.